Saturday 23 March 2024

mental tak kuat

2024

paling mencabar

anak anak membesar dengan cepat

dan hari ini masih ada waktu mendengar instruemtal di lewat malam

bersengkang mata, menyiapkan SKM tahap 3

blog ditinggalkan hampir 2 tahun.

tiada lagi puisi sedih di halaman ini

hanya ada serpihan serpihan idea yang datang seketika

dan aku masih seperti dulu.

sedang terbang tinggi mencapai impian.


doakan aku.


Monday 14 November 2022

nama diberi Nuh.

 lama tersimpan dalam draf.


ia hari itu nuh lahir

tidak dapat menahan sesak di dada

nuh baru sahaja lahir, terus sah ada jangkitan kuman

tak sempat nak dipegang dan dibelai

dibawa terus naik ambulance

keadaan itu masih dipenuh bius

terasa hangat air mata keluar.

kesakitan dijahitan masih kekal terasa sampai hari ini.

balik tanpa nuh

dan airmata mengalir lagi

doa zikir selawat terus menerus

---sambung nanti


Monday 1 November 2021

Thursday 14 October 2021

lunchbox untuk dia

Setiap pagi menjadi isteri adalah menyediakan segala persiapan rumah untuk hari itu.
Untuk hari-hari bekerja, ya paling seronok adalah menyiapkan lunchbox untuk dia.

kalau dulu aku hanya sediakan lauk, untuk permulaan pandemic yang semakin reda ini, dan demi menjimatkan perbelanjaan makan tengah hari. aku siap sediakan nasi. MasyaAllah, Alhamdulillah.

hujung minggu dia belanja aku makan dekat luar. 

Wednesday 19 May 2021

impian impian mula tercapai

alhamdulillah

untuk tanggal hari jadi yang dah berlalu

sebelum masuk ke siri 30

hutang ptptn selesai

hikmah daripada covid-19

moga ada impian impian lain yang Allah nak beri.



Tuesday 13 October 2020

its okay to be not okay

 Aku mulai faham, bahwa trauma yang datang dari kisah lalu, bukan datang dari keluarga sahaja yang memberi semangat, melainkan diri sendiri yang paling berani merubah persekitaran.

Bukan lagi soal siapa, tetapi ini soal diri kita untuk lalui kuatnya hari-hari yang mendatang.

Monday 17 February 2020

penat sangat.


Yang menghadap kadang rasa nak mati.
Terbelit dengan janji
Melangkah hari rasa sebal di hati
Orang kata harga sebuah sabar adalah kemanisan
Aku tak harap semua tu.
Rasa kosong yang tinggal tak apa.
Biar yang pahit berlalu cepat.
Manis tak ada pun aku baik baik sahaja