Tuesday, 20 May 2014

Niat Di Miqat

Panas.

Hari itu panas.
Maksudku, ketika itu.
Panas sungguh cuaca.
Matahari tegak terpacak.
Putih yang dipakai.
Tampak peluh mengalir.
Aku turun dari bas. Terik
Dhuha panas.
Rasa seperti di dalam sauna.
Berpeluh-peluh, ketiak lecak.
Tangan pantas mengambil kaca mata.
Mahu pergi. Mahu cepat
Selepas berniat di Bir Ali
Laju ku.
Tarik sehelai langsir dimuka
Tunai solat dua rakaat.
Tadah tangan dan berdoa.
MEndungkan hari itu.

Monday, 12 May 2014

Tetamu Allah



Aku punya impian sendiri
Menggapai mimpi dan misi
Aku menanti dan tertunggu
Lebih dari setahun,
lebih sebulan lebih seminggu.
Dan detik demi detik berlalu.

Aku menunggu dan terus menunggu
ku soalkan pada hati "Kerja kerasku hampir membuahkan hasil"
Tujuanku hanya satu.
Persiapan sebuah perjalanan yang membawa aku lebih dekat dengan Dia.

Kini,
Dertik semakin pasti
Kurang dari seminggu kita akan bertemu
Adakah tertunai impian dan cita yang di rancang

Ku tak pasti
Langkah semakin deras
Semoga Allah panjangkan usiaku.
Agar aku mampu
Dalam redha dan rahmatNya
Menjadi tetamu mu Ya Allah.

Umrah WY 19 Mei - Andulusia Travel, Transit Oman


Sunday, 11 May 2014

Hari jadi ke-22

Pagi itu.
Hatiku sakit - pedih
22 tahun usia
ku tersenyum hambar
kau tahu usia ku dipinggir kematian

moment dulu
sudah jauh dari ingtan
tetapi pada hari jadi ke 22
bermula sedar cuma tinggal simbol dan nombor
hingga kini diri tetap
dalam pagar berduri
kukuh menghalang segaka kebebasan
masih dalam jagaan ayahnda dan bonda
berdiri tegas ditiap jalan keluar

Pada hari jadi ke 22
ku girang - hiba
kecewa kerana kian lanjut usiaku
makin menambah siksa dijiwa
masih meraba mencari-cari
sedang tak kan aku sedari
diri kerdil penuh dosa
masih mengharap kasih dan ampunan Tuhan.

kembali bertatih seperti anak kecil
seperti mana aku mensyukuri
birunya hari itu.

pada hari jadi ke 22.