Sunday, 29 June 2014

Terawih

Terawih pertama.
Curi curi tengok imam terawih
Mana tahu jodoh.
Ehhh.
Niat jaga-jaga.

Salam Ramadhan.

Friday, 20 June 2014

bapak

"Jika sseorang ayah itu tidak berjuang dan menunaikan amanah yang diberikan Allah, bermakna seorang ayah itu telah mengabaikan tanggungjawabnya dimuka bumi ini9."

...dialah lelaki teguh tabah dalam kehidupan juga mewariskan segala kebersamaan, yang merelakan kehidupan dipenuhi duga berpanjangan dari anak-anak kesayangan.

Encik AA, peramah.
ghairah menyapa mesra.
Selamat Hari Bapa.

sorry

Untuk setiap salah aku pada orang
Aku harap dimaafkan
Dan tibanya, secara langsung aku memohon maaf.

Bagi yang mahu memaafkan
Dan aku redha bagi yang belum.
Jika aku benar aku salah.
Dan ada yang ego masih bertahan.
Tak selamat dek keampunan Tuhan.

Maafkan aku disepanjang hayat ini.

Tuesday, 17 June 2014

Hak Allah

ilham
tak semua boleh dapat
kadang-kadang ada
kadang kala kosong
sungguh bertuah ilham yang dikurnia


Tuhan,
hadirkan jua ilham untukku
aku mahukan tulisanku
ada hati dan jiwa
tersentuh membacanya.

"ilham itu hak Allah. kalau Dia taknak bagi, kita takkan dapat."

Saturday, 7 June 2014

tuhan, tahu aku rindu

terpegun.

saat aku lihat kelibat seorang manusia
yang pernah mencipta kenangan
rindu sememangnya rindu
hanya mampu ku pendam hasrat lalu.

tadi
kau ralit memandang fon
berjubah putih tanpa kopiah
dibahu terselit selandang sunnah
tak kau menoleh aku yang lalu dibelakangmu
tak sedikit pun rasa aku mahu memengur.

aku sebolehnya mahu kau tahu
sudah lama aku cuba jadi insan baru
sudah aku tinggalkan kisah lama
biar hilang kau yang dulu
biar kau tak pernah kenal aku

Mega Mawlid, Stadium PJ

Friday, 6 June 2014

err.

malam jumaat.
berbaju kurung putih
dipadan sehelai selendang hitam
capai Al Quran
lalu dialunkan Alkahfi
dalam samar mentol kuning

merasa keseorang
tak sedar sudah dibawah gebar
waktu begini
sudah ku pejam kelopak mata
garu kepala dan renung luar jendela

rasa sangsi dek baju kurung yang disarung.
yang aku sebenarnya

dah kenapa....