Selamat ulang tahun kakak
Selamat panjang umur
Sambut kegembiraan pada hari lahirmu ini.
Hari ini
Mengimbas pandang indah masa lampau
Yang dulu sering menyapa
Yang kini lembut berlalu masa.
Di hari ini,
Tidak ada nyanyian indah yang boleh diperdengar
Ataupun hal istimewa yang mampu diraik bersama
Hanya kata-kata ikhlas dari lubuk hati yang bisa dikarang menjadi puisi indah.
Mungkin ini tak bererti apa-apa
Tapi yang pasti
Doaku akan iringi di setiap kisah kehidupanmu.
Lalui dengan penuh kecintaan
Pada detik detik kematian menuju syurga Allah.
Selamat hari tua kakak.
Adikmu dunia wa akhirat.
Tetap menulis apa pun yang aku rasa dan aku suka, kerana ia sebahagian minat yang mendalam. Pasti akan ada sahaja yang terbuka untuk membaca.
Wednesday, 15 October 2014
Monday, 6 October 2014
Ruangan 6 October (3)
Selamat hari lahir
Ku ucap sekali lagi
Kini usia telah mendewasakan dirimu
Kini kau menanti kisah kehidupan
Untuk terarah kepada kematian
Tiap detik bersilih ganti
Selamat menjalani hari tua dengan penuh kebahagian!
Moga kau sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

Ruangan 6 October (2)
Akhirnya hanya satu ayat terlafaz
Hanya satu ayat;
Kembalikan dia jauh lebih baik kepadaku.
Dihari ini
Aku berdiri
Sambil melaungkan kata-kata
Di dalam kamar bilik
Kemudian
Seorang demi seorang
Adik beradiku menyanyikannya
Dengan iringan suara sumbang
Selamat hari lahir sahabat tercintaku.
Moga bahagia pasti milikmu.
Norazlin Aznan.
Ruangan 6 Oct (1)
Give life a meaning.
Teruskan kehidupan
Teruskan melangkah
Perjalanan masih panjang dan jauh
Kalau asyik fikir benda yang tak terjangkau dek masa, kita tak mampu nak teruskan.
Berlapang dada dan move on.
Kalau diri sendiri yang pujuk hati sendiri, siapa lagi kan?
Kalau diri sendiri yang kawal jiwa dan hati sendiri untuk jadi positif, siapa lagikan?
Moga hari esok jauh lagi baik dari hari semalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)