Saturday, 31 January 2015

sampan.

hadirkan dirimu
dalam kata maafmu
ke ruang kisah kehidupan ini
dalam bentuk puisi

aku mahu kita menjadi satu kembali
dalam setiap helai
ceritera halaman sebuah damai

dan 
kisah perjuangan
akan dilonggokan dalam sampan
layarkan ke pesisir pantai
hingga suka duka kisah kehidupan
ketemu tujuan.

Friday, 30 January 2015

hujung bulan

sembunyi bawah meja
elak dari kesibukan kerja
menjamah serpihan pena
satu satu selak dengan mata berkaca
diari cerita lama
semuanya perasaan hampa
kisah tentang aku sudah tiada
sudah lenyap berlalu masa.

kopi

Malam jumaat

merangka sesaat
menikmati indahnya kopi butterscot


ChemistryLabCafe, syeksyen 7
Shah Alam

Tuesday, 20 January 2015

alfath, jakarta

masih tetap mahu disini
mengalirkan airmata
mengalunkan bait syair syair indah
masih gagah bersama disini
dari golongan para habaib
meluangkan masa,
menjauhkan kesibukan.

kerana terpilih Allah hadirkan dalam teduhan
kerana ia agung dan suci
kerana dihati hanya pada Nabi

sungguh
bahagia tidak tertipu.

Kembara Mawlid Annisa AlFath, Jakarta

Sunday, 18 January 2015

18 januari

selamat pagi

begitu kuad suara hati
eksperasi ketukan kosongnya naluri.




*keputusan menghampakan
);

Saturday, 17 January 2015

lari

aku mahu setiap itu, perlahan lahan

jujur.
kaki ini mahu pantas berlari
lari dan terus berlari
satu larian kencang
tak akan pernah ada henti

lari terus lari
tanpa erti
dalam nada perlahan.