Monday, 29 June 2015

sebatang kaktus mati tidak mahu disia-siakan

aku menyihirnya dengan kata kata keramat
yang kedengaran seperti puisi cinta

akibatnya semakin terkubur
aku mencuba menyiram setiap malam
namun aku terlupa kaktus mampu hidup tanpa air

pengetahuan mulanya sangat teruk,
satu benda, yang aku perlu tahu
setiap kisah kehidupan di isi memori yang terkandung kaktus

alasan yang cukup untuk menumbuhkan pohon lain

sampai tiba waktu
aku benci mengucapkan selamat tinggal

hiduplah sebelum perjalanan panjang menuju tuhan, dalam nada peluang kedua.

lokasi; depan rumah.

terima kasih, 
ilham amri 
hanna ily,
aman yasser, 
norazlin aznan 
tak pernah lupa 
hawa hamdan juga pernah 
memberi, menemani, menjaga 
untuk kaktus kaktus kesayangan jiwa raga dan 
mohon maaf sekiranya ada yang perlu diucapkan 
selamat tinggal, mungkin sahaja
 jodoh antara kita setakat ini sahaja. 

Saturday, 20 June 2015

harapan yang selalu ada

satu saja harapan
kemana pun kaki melangkah
moga hati terus terdidik ikhlas
amal pun bercambah berkah
apa sahaja kerja termaknakan terlebih untuk diri
diri, diri dan diri sendiri
bukan sahaja di dunia tetapi
berhujung sampai akhirat

sekian,
aku suka menjadi seorang yang sibuk
sibuk dengan kerja
tanpa peduli perasaan sendiri.

lokasi : dalam bilik depan laptop siapkan kerja.

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan 1436H

dengan rendah diri aku mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita.

yang tersurat mahupun tersirat, yang sengaja mahupun tak sengaja, yang tersembunyi mahupun terang-terangan, yang berniat mahupun tak terniat

segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati sesama sendiri

semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat sepertimana yang dijanjikanNya.

Amin


Aku yang tidak mahu dikenali dan bakal suami yang belum dijumpai ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan.

lokasi; Institut Maahad Tahfiz Al Azim

Monday, 15 June 2015

untuk kau yang tak tahu

2013

kaktus dari kau
masih aku simpan

rindu?

sejujurnya

tidak
tak mungkin ada
sungguh.

cuma
aku tak rindu kau
apatah lagi punya perasaan

apa yang mahu katakan adalah

kau mungkin pernah bagi harapan setinggi gunung
mungkin tanpa kau sedar
meski aku yang cepat menaruh hati
dan kau terus hilang dan pergi

yang pada ketika itu, aku rasakan kau lelaki kejam
bagi harapan palsu
pura pura suka dan berlalu

dan 
kebelakangan ini
sungguh tak terdaya
menahan perasaan

perasaan tu masih ada
walaupun sungguh sungguh aku buang
hampa
sekali lagi.


lokasi : dalam bilik yang kosong.
--drama King Hotel









Thursday, 4 June 2015

Menyusuri jalan majlis Ilmu.

aku menikmati taman taman syurga, hadirnya aku untuk mendapat rahmat dan redhaNya

aku menyaksikan segenap perawan
berniqap hitam,
Bergondongan menyatu hati dengan
mengharapkan syurga Allah.

Dari pagi,
datang sehingga malam sekali lagi dihidupkan.
menghayati bait bait kisah wanita syurga
Sayyidatina Fatimah Azzahra.

dan tiba tiba saja aku mau, malaikat menaungi aku disetiap perjalanan kisah kehidupan.

lokasi : Yayasan Restu, Shah Alam