teruntuk yang aku cinta diam diam
akan ku doakan kau dari jauh
dalam gemerlap sibuknya harimu
dalam sunyinya malam malam ibadahku
teruntuk yang aku cinta diam diam
akan terus ku sebut nama mu dalam setiap
percakapanku dengan Tuhan
dalam sujud-sujudku yang hiba
kerana aku sudah tidak lagi mampu
mengenang kamu dalam episod kehidupanku
lalu
ingatlah
tidak pernah ada cerita antara kita
dalam ratusan hari jaraknya berlalu masa..
dan selepas ini tidak lagi ada kamu dalam ingatan aku
perlahan lahan bawa diri dan cuba untuk buka pintu hati ini pada orang lain.
lokasi; hati yang telah pergi