Sunday, 10 December 2017

10 HARI

bukan rahsia bahawa perempuan lebih banyak yang diam pada sesuatu hal, tetapi sedang belajar menerima setiap perkara baru yang datang kepadanya.

selemat menjadi Isteri.

lokasi ; Rawang

Friday, 8 December 2017

sosok dihadapanku.

saat ini

berterima kasih pada sosok yang berdiri di hadapan ku. 

Kerana ia telah berjaya menguatkanku di saat-saat aku kecundang. 

Kerana ia telah belajar mencintai dirinya sendiri, dibandingkan siapapun. 

Kerana ia sudah lama  berjuang, meski ia tiada pilihan untuk  bertahan. 

Ya, aku sangat berterima kasih pada sosok yang berdiri di depanku sekarang; sosok yang bila aku senyum saat  menghadap cermin pasti ada iras wajahmu. Ommi

Terima kasih, kerana jadi wanita yang jauh luar biasa kekuatannya dari hari ke hari. Moga cinta dan kasih sayang dari syurga milikmu.

Selamatlah hari lahir, Fatimah Haji Omar
Moga cinta aku setulus cintamu padaku.

- Grand Western, Selayang


Friday, 1 December 2017

Hari yang ditakdirkan.

Impian tercapai dari Tuhan
bukan soal  mencari atau menunggu
seorang asing yang akhirnya menjadi teman untuk seluruh kehidupanku
ia termasuk rezeki jodoh yang luar biasa, sesuai dengan waktunya

moga Allah rahmati bahtera pelayaran ini.
Selamat melalui perjalanan hati #NailahNabeeli.

12 RabiulAwal.
Bandar Country Homes.




Friday, 10 November 2017

4 tahun

 tempoh yang lama aku menunggu, dan waktu ini aku ambil peluang untuk melupakan dan berlalu terus dari kisah lalu yang aku sendiri ciptakan. 


Selamat datang orang baru dalam hidupku, moga kamu selesa bersama aku sehingga hayatku ada.

Wednesday, 19 July 2017

sepekat kopi

emosi ini bercampur baur
bersama langkah yang dah lelah
hati mula berkecamuk
ibarat remuk macam kertas renyuk

hidup ini tak selalu indah
tapi bila indah, kita selalu lupa
yang kita pernah kecewa. hampa
cuma.
kali ini hati jadi tabah
sebab pernah rasa
dulu lagi perit nak hadap
seperti sepekat kopi dalam air longkang.

Friday, 7 July 2017

perlahan lahan bayangan pemuda itu pergi

kau hanya masa lalu ku
tidak pantas lagi untuk aku tunggu

mohon pergi
pergilah untuk selama kau mahu
pergi untuk kehidupanmu
tak perlu hadir dalam mimpiku lagi.

aku masih bertahan disini, pergilah
pergilah dengan seluruh bayangan yang ada
aku tak malu lihat pemuda ini.



Thursday, 11 May 2017

dua puluh lima

kita hanya bertambah usia setiap hari
.
dan hari seterusnya, jadi untuk belajar menghargai orang lain dan membuat orang lain rasa dihargai.

maafkanlah apa jua sikap sambil lewa saya yang kadang kadang tak menentu.

apa jua perangai pelik saya yang menyakiti hati kalian.
.
perempuan yang cuba jadi dewasa tapi kecundang dengan hal-hal murung disebabkan harapan tidak disandarkan pada tempat yang betul.
.
terima kasih yang mendoakan kelahiran saya pada sebelas bulan lima.
.
moga pada kelahiran kalian juga ada hal-hal yang asyik dan mengembirakan.


lokasi : Taman Buaya, Melaka

Thursday, 13 April 2017

hari tentang dia

tarikh dilahirkan seorang gadis yang sangat annoying tahap kalau satu hari tak duduk sebelah boleh rasa rindu dan kesepian.

ini pulak kalau tak wish birthday 3 kali raya ungkit tak sudah. lagi pula dia kakak sulong yang care dekat dua beradik yang suka menyakitkan hati kakak. eh

dan,
anak yang setiap kali kena tegur dengan ibu. terus ambil kain telekung solat sampai keluar air mata. nangis sebab tak tahan menusuk ke kalbu. huhu

maka di hari khamis yang suci ini, saya dengan gembira hati sampai nak lompat bintang nak bagitahu pada Izzah Izzati bahawa hang dah tua. cepatlah kahwin! cepatlah jumpa jodoh (kalau ada yang berkenan pm), doalah dapat apa yang kena nak dalam hidup ni.

terpanjang pulak ni, bukan selalu dan buat ayat penghargaan penuh kasih sayang. Apa-apa pun, terima kasih untuk usaha dan kerja keras dibelakang tadbir #sriaz dan #orangkuadazzahra.

moga tuhan kabulkan segala hajat dan perkenankan segala doa. moga yang baik itu datang untuk kita semua.

selamatlah hari tua, dan nikmatilah usia yang ada dengan penuh rasa syukur.

ikhlas lagi senang hati
-NF

Sunday, 8 January 2017

siapa pun kita.

percayalah
masa depan kita akan baik-baik saja
dan Ummi yang sekarang 
adalah seorang baru yang harus hidup
dengan riang, bahagia dan gembira.

IKEA, Kota Damansara