tarikh dilahirkan seorang gadis yang sangat annoying tahap kalau satu hari tak duduk sebelah boleh rasa rindu dan kesepian.
ini pulak kalau tak wish birthday 3 kali raya ungkit tak sudah. lagi pula dia kakak sulong yang care dekat dua beradik yang suka menyakitkan hati kakak. eh
dan,
anak yang setiap kali kena tegur dengan ibu. terus ambil kain telekung solat sampai keluar air mata. nangis sebab tak tahan menusuk ke kalbu. huhu
maka di hari khamis yang suci ini, saya dengan gembira hati sampai nak lompat bintang nak bagitahu pada Izzah Izzati bahawa hang dah tua. cepatlah kahwin! cepatlah jumpa jodoh (kalau ada yang berkenan pm), doalah dapat apa yang kena nak dalam hidup ni.
terpanjang pulak ni, bukan selalu dan buat ayat penghargaan penuh kasih sayang. Apa-apa pun, terima kasih untuk usaha dan kerja keras dibelakang tadbir #sriaz dan #orangkuadazzahra.
moga tuhan kabulkan segala hajat dan perkenankan segala doa. moga yang baik itu datang untuk kita semua.
selamatlah hari tua, dan nikmatilah usia yang ada dengan penuh rasa syukur.
ikhlas lagi senang hati
-NF