Ada masalah tapi memilih untuk diam saja. Lalu lama-lama menjauh dan kemudian tanpa disedari sudah menghilang. Sungguh tidak enak jika terus dengan cara seperti ini. Sama sekali tidak faham apa yang terjadi. Sama sekali tidak diberi kesempatan untuk memperbaiki. Tahu-tahu kena menerima kenyataan kalau semua sudah berubah dan tidak berniat untuk memberitahu. Yang dapat dilakukan hanyalah mendoakan supaya tidak menulis dengan air mata tetapi menulis dengan patah hati.
Tetap menulis apa pun yang aku rasa dan aku suka, kerana ia sebahagian minat yang mendalam. Pasti akan ada sahaja yang terbuka untuk membaca.
Friday, 5 October 2018
Monday, 9 July 2018
unfollow atau block
dua pilihan sahaja untuk kebaikan bersama.
terserah kamu buat keputusan
kalau permintaan ini pun tidak dapat ditunaikan
aku anggap
Kamu adalah kamu,
tetap saja seperti ini.
Abadi dengan cara tersendiri.
ego.
terserah kamu buat keputusan
kalau permintaan ini pun tidak dapat ditunaikan
aku anggap
Kamu adalah kamu,
tetap saja seperti ini.
Abadi dengan cara tersendiri.
ego.
Friday, 20 April 2018
sekali lagi nangis bawah meja
kerana bagiku -- kesedihan ubat kepada kemarahan.
yang buat rasa meletupnya hati membara untuk kemudiannya jadi lepas, namun hanya sekejap dan menghilang begitu saja.
lalu, tiada lagi rasa untuk siap marah, bahawa
--segala yang sukar itu, memujuk untuk segera selesai dengan cepat.
Monday, 5 March 2018
segudang alasan
satu hal yang mungkin berlaku dan terus berlaku
bila alasan yang diberikan sebelum solusi yang membuat keputusan
moga alasan yang diberikan, menjadi kekuatan untuk perjalanan panjang seterusnyaa.
bila alasan yang diberikan sebelum solusi yang membuat keputusan
moga alasan yang diberikan, menjadi kekuatan untuk perjalanan panjang seterusnyaa.
dan didoakan supaya tiada lagi segudang alasan yang aku terima.
Wednesday, 28 February 2018
merajuk
Yang menyedihkan dari segalanya adalah ketika aku merajuk, dan dia sama sekali tidak merasa kekurangan aku dalam hidupnya.
--kadang, dia turut sekali merajuk. dan mendiamkan diri
Tuesday, 20 February 2018
fikiran pernah memberontak
kecewa paling terparah
percaya dirimu seorang yang romantis
sedangkan beku disudut ruang yang sama.
begitu.
fikiranku pernah memberontak menjadi gila
murung setengah hari
namun ketahuilah
aku orangnya puitis hanya didalam diriku sendiri.
percaya dirimu seorang yang romantis
sedangkan beku disudut ruang yang sama.
begitu.
fikiranku pernah memberontak menjadi gila
murung setengah hari
namun ketahuilah
aku orangnya puitis hanya didalam diriku sendiri.
Monday, 5 February 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)