Monday, 16 September 2019

extra ordinary

Malam tadi, aku tak dapat tidur lebih nyenyak dibanding malam-malam sebelumnya. Kerana sekarang otak dan hatiku memikirkan bagaimana menyetujui keputusan untuk membiarkan semua hal, bukan hanya tentang aku.
 masih kugenggam erat manusia luarbiasa, bukan hanya aku tapi ada lain yang tulus luarbiasa.

Friday, 30 August 2019

Moga Allah takdirkan yang indah-indah.

kesempitan setelah semuanya telah satu-satu Allah takdirkan.

Mei 2014: Umrah bersama ibuayah
Mei 2015 : Sambung Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
April 2016 : Bercuti  bersama ibubayah
Disember 2017 : kahwin
November 2018 : puteri sulung 
Ogos 2019 : Rumah Pertama
Ogos 2020 : Tunai beli kenderaan perkhidmatan
Mac 2021 : Selesai hutang Ptptn
Mei 2022 : lasik mata (doakan)

Dan hari ini, kesempitan dalam mengurus kewangan. Allahu.
moga Allah permudahkan setiap satu. 

Tuesday, 27 August 2019

rumah pertama

jan 2019; terfikir untuk duduk dirumah sendiri dan sedang melihat2 rumah lelong, rumah subsale dan juga rumah baru

mac 2019; mengikut kemampuan, badjet sekadar 200k kebawah, terfikir kondo lama dan apartment aras bawah atau tingkat 1.

april 2019; Allah atur,  jumpa dalam searching google, rumah town house. tarikh lelongan dalam minggu mencari rumah dan kena sediaka 10% cash dari harga rumah

mei 2019; alhamdulillah pencarian bank, untuk buat loan. dugaan melanda bagai badai yang hampir tenggelamkan bahtera.

jun 2019; servey kontraktor untuk sedikit reno, dan dalam masa yang sama, bank reject sebab ptptn bayaran tak berapa cantik

july 2019; mula reno dan buat servey barang rumah serta membeli bahan2 reno

ogos 2019; bermula episod keluar dari rumah Umi dan hidup dirumah sendiri.

Wednesday, 17 July 2019

terbanglah tinggi

Asal kamu tahu,
bukan waktu yang buat kamu terbang tinggi, 
melainkan kamu saja yang terlalu berusaha 
menyiapkan sayap.



butterfly, melly
diulang-ulang

Monday, 1 July 2019

semangat untuk ku

Memang bukan yang akhir, hanya masih berpeluang untuk berjuang bermati matian untuk mendapatkan apa pun yang sedang diusahakan. Meski terjatuh berjuta kali, dihujani dan dikhianati sana sini, peluh hingga airmata yang sudah banyak kali tumpah.
.
Hanya yang memahami akan mengerti dengan suasana alamlah yang akan merasakan sedalam dalam indahnya kesabaran dan keikhlasan.
.
Berjuang tak mesti lelah. Mengejar tak mesti berlari. Dan untuk di dengar tak mesti menjerit.
.
Berjuanglah dengan pengorbanan;  diam tenang dan lapang.
.
Semangat untukku, semangat untuk mu adik
untuk kita semua yang sedang mulakan apapun dalam hidup.
.
Semoga Allah selalu memudahkan dan sentiasa memberkahi langkah kita.
.
010719 | 1204

selamat berkelana menyambung kembali penggembaraan ke bumi para alim ulamak.
semoga kau ketemu apa yang kau belum temui.
tadah tangan dan sentiasa mengharap langit untuk mendengar.

Saturday, 11 May 2019

#30hari ramadan - hari ke 6

menjelang ulang tahun kelahiran
tiada yang istimewa
sekadar melalui hari biasa
menjadi dewasa dan melalui emosi menjadi mak mak
sudah masanya mendahulukan anak daripada diri sendiri

WN 6 bulan
Umminya 27t

Thursday, 14 March 2019

jodoh terhenti

semalam
terlerai ikatan suci
di depan mahkamah
aku orang yang menyaksikan
sebuah rumah yang tangganya sudah sejak dulu rapuh
dan kini telah runtuh

tiada lagi harapan
yang dijanjikan
tiada lagi ayat manis
yang diperkatakan
tiada lagi drama
yang dipertontonkan
tiada lagi kemarahan
yang dilontarkan

saat ini, tidak lagi berusaha mempertahankan
semuanya sudah berakhir jodoh dan cinta 35 tahun.

moga Allah takdirkan yang indah-indah untuk aku satu keturunan.