Monday, 17 February 2020

penat sangat.


Yang menghadap kadang rasa nak mati.
Terbelit dengan janji
Melangkah hari rasa sebal di hati
Orang kata harga sebuah sabar adalah kemanisan
Aku tak harap semua tu.
Rasa kosong yang tinggal tak apa.
Biar yang pahit berlalu cepat.
Manis tak ada pun aku baik baik sahaja

Terimalah seadanya..

Sini. Diari ini.
Untuk  tampal nota.
Untuk  pasak kata.
Untuk  luah jiwa.
Untuk  relai air mata.
Untuk  cari kekuatan.
Untuk  damba nasihat.
Untuk  kongsi pengalaman.
Kadang melalui kata-kata.
Kadang melalui puisi.
Kadang melalui lukisan.
Jadi,
Sekiranya terjumpa diari ini
Inilah jawapan kenapa aku disini,
Tulisannya berirama.
Rentaknya kadang sayu.
Baris kata kadang sendu
Terkadang penuh metafora.
Terkadang bahasa lurus.
Sebab disini hanya untuk jiwa
Jiwa yang harinya kadang rapuh dan kadangnya melonjak gembira
Tetapi disini lebih banyak yang rapuh. 

--sumber tumblr


Thursday, 13 February 2020

kesedihan-kesedihan yang berlarutan

Kadang-kadang berfikir,

Cukuplah kesedihan-kesedihan yang menjadi peneman

Dikala mood yang tak berapa baik ni mendatang.