Buat mereka yang pernah berjasa.
Aku ingin memberi sesuatu kepadamu
Sejambak kegembiraan bersama hati yang sukar digambar.
Terima kasih.
Terima kasih kepada yang bersusah kerana kesusahanku
dan hari ini aku adalah graduan
Aku adalah penjaga untuk ummi ku
Aku adalah pendidik untuk anak murid ku
Aku adalah manusia untuk generasi ku
Aku adalah diriku jauh luar biasa dari kisah kehidupan ku.
Terima kasih.
Terima kasih kepada yang pernah berjasa untuk pencapaian kecil ku ini.
Istiadat ke 16
Majlis Konvo 2014 UPSi
No comments:
Post a Comment