Tetap menulis apa pun yang aku rasa dan aku suka, kerana ia sebahagian minat yang mendalam. Pasti akan ada sahaja yang terbuka untuk membaca.
Tuesday, 2 August 2016
dilamar dalam mimpi
beberapa hal dalam mimpi
mungkin harus terjadi untuk kali ini
lalu nanti, aku benar benar mengerti
yang aku tunggu selama ini
menjadi nyata
kali ini
aku benar nampak
mungkin sebelum ini aku terlebih mengharap
dia hadir dalam mimpi ku malam tadi
bersama orang tuanya
memberikan aku sebuah harapan
untuk masih setia mencintainya diam-diam
tidak! ini bukan yang aku mahukan
hati sudah mula mahu menerima orang lain
orang yang lebih menghargai diriku
sedaya upaya aku berusaha melepaskan
dan harus aku jujur
hati yang luka lebih perlu di rawat dan dijaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment