Sunday, 2 October 2016

yang terluka itu hati.

ada satu masa
kamu telah menyakiti orang lain
entah dengan meninggalkannya atau cara apapun
perihal apa pun yang buat kamu menyakiti
sehingga sekian dalam lukanya

fahami terus bahawa tidak semua orang mudah 
untuk sembuh,
tidak semua orang mampu bersikap biasa saja
tidak semua orang mudah ikhlas memaafkan dan menerima
tidak semua orang menyimpan dendam dan melepaskan
dan tidak semua orang seperti kamu
perlukan masa yang lama
yang terluka itu hati
tak nampak berapa dalamnya
rabak dan mungkin sahaja hampir mati
disebabkan terlampau menjaga hati.

Salam Maal Hijrah 1438h
teruntuk siapa pun, kita tetap cuba jadi baik. 
pastinya untuk Tuhan
jauh lebih baik.



No comments:

Post a Comment