selamat pagi,
selamat menjalani hari tua
dalam sunyi,
pagi ini
bukan sekadar tersenyum pada mentari
namun juga bersyukur, kerana usiamu telah ditambah Tuhan saat ini.
lalu pagi ini, aku ingin tetap mengingatmu,
bahawa aku tetap disisimu,
menemani disetiap langkah usiamu berlalu.
lokasi ; pantai klebang
Tetap menulis apa pun yang aku rasa dan aku suka, kerana ia sebahagian minat yang mendalam. Pasti akan ada sahaja yang terbuka untuk membaca.
Tuesday, 8 December 2015
Tuesday, 1 December 2015
Ommi
aku ingin kamu; orang paling setia dalam kisah hidupku.
meluruskan kesalahan, mengingatkan kekhilafan, menemani dalam kegelapan
dan yang terpenting mendekatku pada Tuhan.
lokasi; Pantai Klebang
meluruskan kesalahan, mengingatkan kekhilafan, menemani dalam kegelapan
dan yang terpenting mendekatku pada Tuhan.
lokasi; Pantai Klebang
Friday, 6 November 2015
mangsa lupa
hari ini aku pilih untuk berdiri
ditempat baru
mengira setiap kerja
hingga menjadi mangsa keterlupaan
sekali sekala tercungap keletihan
namun teragak agak untuk bersorak
tapi tetap rasa syukur.
lokasi : Pondok Tahfiz Fatimah Azzahra.
ditempat baru
mengira setiap kerja
hingga menjadi mangsa keterlupaan
sekali sekala tercungap keletihan
namun teragak agak untuk bersorak
tapi tetap rasa syukur.
lokasi : Pondok Tahfiz Fatimah Azzahra.
Saturday, 31 October 2015
setiap hal
ada ketika
kita bertukar hala
lalu melangkah pergi
tak mahu menoleh lagi
tiba masa
kita lupakan segala
kudis kudis nostalgia
yang tidak lagi bermakna
dalam episod seterusnya
percaya pada setiap hal
ujian itu satu rahmat
hikmah tersembunyi asal
kerana hijrah ini terlalu berat
barangkali
tersesat sebelum bermula.
lokasi; Open Universiti Shah Alam
kita bertukar hala
lalu melangkah pergi
tak mahu menoleh lagi
tiba masa
kita lupakan segala
kudis kudis nostalgia
yang tidak lagi bermakna
dalam episod seterusnya
percaya pada setiap hal
ujian itu satu rahmat
hikmah tersembunyi asal
kerana hijrah ini terlalu berat
barangkali
tersesat sebelum bermula.
lokasi; Open Universiti Shah Alam
Tuesday, 27 October 2015
buat segalur keturunan
sebuah harapan dari sebuah mimpi
datang langit ke perjalanan panjang
menghitung dan menghitung anugerah Tuhan
buat segalur keturunan
sebuah harapan menjadi impian
dalam liku liku ujian
bersama orang belakang yang dipegang erat
buat segalur keturunan
berarak dari satu hal ke satu hal
menuju ke jalan lain
satu kesudahan yang abadi.
moga ada sinaran jelmaan mimpi
untuk cawangan yang seterusnya
memohon doa panjang dari orang tua kesayangan.
lokasi; Khalifah Azzahra Company
datang langit ke perjalanan panjang
menghitung dan menghitung anugerah Tuhan
buat segalur keturunan
sebuah harapan menjadi impian
dalam liku liku ujian
bersama orang belakang yang dipegang erat
buat segalur keturunan
berarak dari satu hal ke satu hal
menuju ke jalan lain
satu kesudahan yang abadi.
moga ada sinaran jelmaan mimpi
untuk cawangan yang seterusnya
memohon doa panjang dari orang tua kesayangan.
lokasi; Khalifah Azzahra Company
Monday, 19 October 2015
tentang rasa
aku kumpul dengan setiap kerja part time
yang aku buat
keciwa, gembira, sendu, putus asa;
takkan wujud satu rasa tanpa rasa yang lain
dan aku berharap
dapat merasa yang best best saja
bila berdepan dengan kanak-kanak
tapi hidup takkan sebegitu bosan
sebab kisah kehidupan adalah pengalaman
peribadi individu seperti aku.
lokasi; Tadika Bintang Utara, Krista BCH
Friday, 16 October 2015
gadis bertudung hijau
si gadis yang tertinggal jauh dibelakang
sering kali bertudung hijau.
dan akan muncul di padang
setelah si jejaka tak lagi ada
tapi lihatlah betapa gigih sigadis berjalan kehadapan
kerna hanya memilih melangkah dengan beban terpikul dibahu
membiarkan tiada ruang
untuk patah hati pada kehilangan yang akan datang.
lokasi : padang celebration mall, Global Ikhwan
sering kali bertudung hijau.
dan akan muncul di padang
setelah si jejaka tak lagi ada
tapi lihatlah betapa gigih sigadis berjalan kehadapan
kerna hanya memilih melangkah dengan beban terpikul dibahu
membiarkan tiada ruang
untuk patah hati pada kehilangan yang akan datang.
lokasi : padang celebration mall, Global Ikhwan
Monday, 12 October 2015
setia dengan hijau
aku masih setia
bertudung hijau
pada setiap hari
ditemani tentera tentera
yang tak pernah
jemu memuji
segala hal
tak akan
dapat bertahan
bertapa pun bersungguh
dan berketetapan
sedangkan burung pun berhijrah
aptah lagi
orang seperti kita
lebih sering
melakukan rutin yang sama
barangkali
aku harus belajar
mencintai warna laon.
lokasi; SRIAZ
bertudung hijau
pada setiap hari
ditemani tentera tentera
yang tak pernah
jemu memuji
segala hal
tak akan
dapat bertahan
bertapa pun bersungguh
dan berketetapan
sedangkan burung pun berhijrah
aptah lagi
orang seperti kita
lebih sering
melakukan rutin yang sama
barangkali
aku harus belajar
mencintai warna laon.
lokasi; SRIAZ
Sunday, 11 October 2015
hujung minggu
telah ku serahkan
nasib hujung mingguku
pada kerusi tua
ditangan penuh buku buku lama
ditempat paling sunyi
tepi jendela
setia perkerjaan yang baik
ia tak lelah menunggu
hanya menuntut waktu hal hal sibuk
maka ampunilah pekerjaanku
lokasi; perpustakaan raja tun muda
nasib hujung mingguku
pada kerusi tua
ditangan penuh buku buku lama
ditempat paling sunyi
tepi jendela
setia perkerjaan yang baik
ia tak lelah menunggu
hanya menuntut waktu hal hal sibuk
maka ampunilah pekerjaanku
lokasi; perpustakaan raja tun muda
Tuesday, 6 October 2015
ulang tahun
selamat ulang tahun kelahiran
hanya sekadar doa ku layang untuk merayakan perjalanan menuju kematian.
'semoga awak segera mendirikan rumah tangga, dikurniakan suami soleh dan anak anak bakal ahli ulamak serta diberikan kejayaan dunia dan kekayaan akhirat'
kalau tak sempat untuk tahun akan datang
membacalah ucapan ku berulang
moga doanya berpanjangan.
lokasi; bandar country homes
hanya sekadar doa ku layang untuk merayakan perjalanan menuju kematian.
'semoga awak segera mendirikan rumah tangga, dikurniakan suami soleh dan anak anak bakal ahli ulamak serta diberikan kejayaan dunia dan kekayaan akhirat'
kalau tak sempat untuk tahun akan datang
membacalah ucapan ku berulang
moga doanya berpanjangan.
lokasi; bandar country homes
Saturday, 26 September 2015
jerebu
masih belum dapat menghembus nafas
kelegaan yang panjang,
setelah sekian lama memikul bebanan masa kerja
dan pengalaman
Ia bagaikan setitis embun yang sabar
menunggu kedatangan sinaran mentari,
agar dapat menghirup kehangatan udara
yang bebas jerebu.
kelegaan yang panjang,
setelah sekian lama memikul bebanan masa kerja
dan pengalaman
Ia bagaikan setitis embun yang sabar
menunggu kedatangan sinaran mentari,
agar dapat menghirup kehangatan udara
yang bebas jerebu.
Friday, 25 September 2015
ruang dan peluang
lupakan hasratmu untuk mencari
kehidupan dalam sajak
disini hanya ada pantai yang tak putus putus
mengirim ombak,
pohon pohon kaku yang mendingin sayu,
dan senja yang sememangnya tiba
pada tepat waktunya
--Karl Agan
kehidupan hampir ke penghujung
ujian tak akan pernah lari dari setiap lorong
tak semua yang kita nak akan datang
cuma ambil waktu ruang dan peluang.
--Isteri Khalifah Uthman
kehidupan dalam sajak
disini hanya ada pantai yang tak putus putus
mengirim ombak,
pohon pohon kaku yang mendingin sayu,
dan senja yang sememangnya tiba
pada tepat waktunya
--Karl Agan
kehidupan hampir ke penghujung
ujian tak akan pernah lari dari setiap lorong
tak semua yang kita nak akan datang
cuma ambil waktu ruang dan peluang.
--Isteri Khalifah Uthman
Monday, 21 September 2015
Duhai Fatimah
aku hanya mampu membalas jasamu
dengan memulangkan segalanya kepada Dia
yang meletakkan cinta ke dalam hati hati manusia
dengan memanjangkan doa buatmu kepada Dia yang Maha Menjaga
menyantunimu dengan setiap redup mata, setiap helaan nafas, setiap kata yang dibicarakan
dan setiap yang terlintas pada hati.
semoga kau menjadi bonda yang disebutkan di Arasy Tuhan
sebutan pada mahluk dilangit dan bumi serta menjadi cahaya pada semua mata yang memandang.
sungguh,
tuhan menyintai kamu, kerana aku menyintai mu juga.
lokasi : Taman Tasik Shah Alam.
dengan memulangkan segalanya kepada Dia
yang meletakkan cinta ke dalam hati hati manusia
dengan memanjangkan doa buatmu kepada Dia yang Maha Menjaga
menyantunimu dengan setiap redup mata, setiap helaan nafas, setiap kata yang dibicarakan
dan setiap yang terlintas pada hati.
semoga kau menjadi bonda yang disebutkan di Arasy Tuhan
sebutan pada mahluk dilangit dan bumi serta menjadi cahaya pada semua mata yang memandang.
sungguh,
tuhan menyintai kamu, kerana aku menyintai mu juga.
lokasi : Taman Tasik Shah Alam.
Sunday, 20 September 2015
Sahabat lama.
duhai sahabat lama, sahabat segenap umurku.
Syukur aku atas peluang mengenalimu,
dengan seluruh keadaanmu,
atas kesudianmu menemaniku,
dari awal hingga kini
sorang sorang akan tiba ke gerbang perkahwinan.
Mungkin saja aku
orang paling lama menunggu
untuk tiba detik yang baru.
Selamat bencinta Umie Khayra dan Zhulan
lokasi : Maran, Pahang
Syukur aku atas peluang mengenalimu,
dengan seluruh keadaanmu,
atas kesudianmu menemaniku,
dari awal hingga kini
sorang sorang akan tiba ke gerbang perkahwinan.
Mungkin saja aku
orang paling lama menunggu
untuk tiba detik yang baru.
Selamat bencinta Umie Khayra dan Zhulan
lokasi : Maran, Pahang
Friday, 18 September 2015
ketiadaan
andai kita belum pernah mengalami perasaan ketiadaan,
raikanlah ia semahu hidupmu
Menyemarakkan semangat
untuk tetap menyerah
walaupun itu akan bermaksud
kemusnahan sendiri
lokasi: Emerald East
raikanlah ia semahu hidupmu
Menyemarakkan semangat
untuk tetap menyerah
walaupun itu akan bermaksud
kemusnahan sendiri
lokasi: Emerald East
Saturday, 12 September 2015
pujaan
Duhai pujaan!
andai kau tak membaca
tentang puisi dan karangan
mana mungkin
kita berkenalan
berkongsi kegemaran
sehingga waktu petang yang nyaman
barangkali kita hanya sebuah kebetulan.
lokasi : Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
andai kau tak membaca
tentang puisi dan karangan
mana mungkin
kita berkenalan
berkongsi kegemaran
sehingga waktu petang yang nyaman
barangkali kita hanya sebuah kebetulan.
lokasi : Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Thursday, 10 September 2015
button follow
sengaja aku tidak menyediakan "button follow"
di ruangan ini
agar langsung aku tidak mengetahui siapa yang meninggalkan jejak jejak manis
sebelum aku ketahui siapa yang membaca
biar tak ada pengikut pun yang tersesat disini
adapun kata kata ku tidak seindah bunga ditaman
cukuplah sekadar sederhana yang menyedarkan aku.
lokasi: inbox email
di ruangan ini
agar langsung aku tidak mengetahui siapa yang meninggalkan jejak jejak manis
sebelum aku ketahui siapa yang membaca
biar tak ada pengikut pun yang tersesat disini
adapun kata kata ku tidak seindah bunga ditaman
cukuplah sekadar sederhana yang menyedarkan aku.
lokasi: inbox email
Wednesday, 26 August 2015
ingatan Tuhan.
aku akan belajar menahan
semua rindu ini
meski telah lama kukosongkan
setiap ruang hati
hanya demi sebuah pesan
betapa benar kuat untuk diri
--ketika sebuah bilik dipenuhi ingatan tentang Tuhan,
semua rindu ini
meski telah lama kukosongkan
setiap ruang hati
hanya demi sebuah pesan
betapa benar kuat untuk diri
--ketika sebuah bilik dipenuhi ingatan tentang Tuhan,
Tuesday, 25 August 2015
hari hari sepi
awan gelap mula menyelebungi
langit cerah kini kembali
titis air mula membasahi bumi
dan dia masih setia menunggu sebalik titi
jika suatu hari,
ada yang lebih baik dari diri sendiri
dia kapan sahaja berhenti
menjejak kamu pada hari hari sepi
yang pelan pelan cuba pergi.
lokasi; Pejabat Khalifah Azzahra
langit cerah kini kembali
titis air mula membasahi bumi
dan dia masih setia menunggu sebalik titi
jika suatu hari,
ada yang lebih baik dari diri sendiri
dia kapan sahaja berhenti
menjejak kamu pada hari hari sepi
yang pelan pelan cuba pergi.
lokasi; Pejabat Khalifah Azzahra
Sunday, 23 August 2015
pemilik kaktus
buat si pemilik setiap satu memori
dia harap sangat kau tahu
bahawa setiap mimpi
lumpuh bersama waktu
hidup, cuma pada harapan harapan yang ada erti
bukan hanya untuk lelah menunggu
moga setiap letih; diganti
jangan malas cari bahagia untuk diri sendiri.
lokasi; depan rumah.
dia harap sangat kau tahu
bahawa setiap mimpi
lumpuh bersama waktu
hidup, cuma pada harapan harapan yang ada erti
bukan hanya untuk lelah menunggu
moga setiap letih; diganti
jangan malas cari bahagia untuk diri sendiri.
lokasi; depan rumah.
Sunday, 16 August 2015
malam ini terlampau dingin
malam ini
terasa dingin untuk menulis
terlampau sepi
tiba hari engkau pergi
dingin dan putih
rinai hujan jatuh dan sedih
kita bisa jumpa lagi
dalam tahun tahun yang nanti
tidak bisa sembunyi
dan lari
air mata Ummi
menitis dikala engkau pergi
--aku menjadi saksi
lokasi; KLIA
terasa dingin untuk menulis
terlampau sepi
tiba hari engkau pergi
dingin dan putih
rinai hujan jatuh dan sedih
kita bisa jumpa lagi
dalam tahun tahun yang nanti
tidak bisa sembunyi
dan lari
air mata Ummi
menitis dikala engkau pergi
--aku menjadi saksi
lokasi; KLIA
Saturday, 15 August 2015
tiada pesanan
malam ini langit begitu dingin
tanpa selaput awan
tanpa desau angin
serupa hari yang biasa tiada pesanan.
lokasi; Bandar Country Homes
tanpa selaput awan
tanpa desau angin
serupa hari yang biasa tiada pesanan.
lokasi; Bandar Country Homes
Tuesday, 11 August 2015
gadis kecil
Hari ini bakal tiba
Ia tentang dia
Seorang gadis kecil bukan hijabista
Cuma berjubah putih tanpa bunga
Di luar tertawa riang
dalam hati meraung seorang
Tiba masa untuk pulang
Pencarian mimpi mimpi sang pejuang
Menjadi asatizah dizaman pernghujung
Ayah dan bonda.
lokasi; Baituzzahra'
Ia tentang dia
Seorang gadis kecil bukan hijabista
Cuma berjubah putih tanpa bunga
Di luar tertawa riang
dalam hati meraung seorang
Tiba masa untuk pulang
Pencarian mimpi mimpi sang pejuang
Menjadi asatizah dizaman pernghujung
Ayah dan bonda.
lokasi; Baituzzahra'
Sunday, 9 August 2015
smktd batch 92
saat matahari menyinari
kita larut dengan kesibukan masing masing
lalu saat gelap malam mendekap
kita lenyap dalam dunia kita yang tak asing.
-- kembali mengembara setiap memori terkandung
lokasi; Kampung Sg Bakau
kita larut dengan kesibukan masing masing
lalu saat gelap malam mendekap
kita lenyap dalam dunia kita yang tak asing.
-- kembali mengembara setiap memori terkandung
lokasi; Kampung Sg Bakau
Friday, 31 July 2015
waktu mengimbas kembali
malam pekat; ada lagu
menyesap detik yang berlalu
sesuatu yang kita abadikan dalam waktu dulu
memori memori yang kita rindu.
Yana. Fiza. Wawa
lokasi; Puncak Alam
menyesap detik yang berlalu
sesuatu yang kita abadikan dalam waktu dulu
memori memori yang kita rindu.
Yana. Fiza. Wawa
lokasi; Puncak Alam
Thursday, 30 July 2015
puisi hati
Tahun tahun berganti,
pada angin bayu
buih sabun pergi ke tempat yang jauh.
sedang diri
masih menulis tentang kamu
pada puisi sedih.
lokasi: Tasik Proton City.
pada angin bayu
buih sabun pergi ke tempat yang jauh.
sedang diri
masih menulis tentang kamu
pada puisi sedih.
lokasi: Tasik Proton City.
Wednesday, 29 July 2015
puisi khas untuk bapak
ucapan hari lahir di tepian pantai, akan berbekas sehingga ke tua.
--selamat hari tua, bapak (;
hari ini
terik matahari
bapak belum pernah ucap selamat pagi
walaupun hari menjelang tinggi
bapak tidak ada yang lebih abadi
selain dari kasih seorang wali
berapa tahun kita lalui
tanpa selempar tikar dikaki
walau keringat hampir ke mati
bapak belum pernah lagi
menghayun lagak ngeri
pada wajah anak anak suci
bapak kembali berubah dalam nadi hidup kami
apabila bapak mula poligami
bagi meleleh kasih cinta saban hari
bapak serah segalanya pada ummi.
lokasi; Pantai Penare
--selamat hari tua, bapak (;
hari ini
terik matahari
bapak belum pernah ucap selamat pagi
walaupun hari menjelang tinggi
bapak tidak ada yang lebih abadi
selain dari kasih seorang wali
berapa tahun kita lalui
tanpa selempar tikar dikaki
walau keringat hampir ke mati
bapak belum pernah lagi
menghayun lagak ngeri
pada wajah anak anak suci
bapak kembali berubah dalam nadi hidup kami
apabila bapak mula poligami
bagi meleleh kasih cinta saban hari
bapak serah segalanya pada ummi.
lokasi; Pantai Penare
Monday, 27 July 2015
gelora.
angin angin mendayu
irama bayu mendamaikan
membuatkan dia rasa mahu
meronta keriangan,
padahal
dihati penuh rasa gelora
ditutupi dengan cara yang wajar
orang percaya!
dia mahir gembira
dan seringkali mudah bermuram durjana
tetapi, dia sedang tidak dikasihani
juga tidak sedang mengasihi diri sendiri.
lokasi; bandar country homes
irama bayu mendamaikan
membuatkan dia rasa mahu
meronta keriangan,
padahal
dihati penuh rasa gelora
ditutupi dengan cara yang wajar
orang percaya!
dia mahir gembira
dan seringkali mudah bermuram durjana
tetapi, dia sedang tidak dikasihani
juga tidak sedang mengasihi diri sendiri.
lokasi; bandar country homes
Sunday, 26 July 2015
jejaka
malam pun kian kelam, kau jejaka yang tak kunjung datang.
kemana rinduku harus dilaung?
berjalan sendiri dalam hati yang penuh rasa kecundang.
Friday, 24 July 2015
tiga mimpi
dia punya tiga mimpi
yaitu; menjadi seoang guru, usahawan busana, dan penulis puisi
dua cita cita pertama adalah mimpi yang biasa
tapi, penulis puisi?
ini sungguh tidak wajar dan inilah saat kecundang yang parah
ia sangat jelek
seolah banyak beban dipertaruhkan dari sana sini
ia memerlukan sokongan padu dari orang sekeliling; menggarap semua puisi.
Lantas setiap catatan tidak menyentuh
lancar tapi sungguh jalannya keliru
penuh compang, teruk dan kosong
dan ibarat rumah yang penghunimya akan bersengketa dengan banyak hal
disepanjang kisah kehidupan puisi itu.
tiga cita-citanya tadi setapak menapak mula menampak hasil
dengan memaparkan setiap kesulitan, kesedihan, kekecewaan
semuanya terkait dengan cara yang wajar.
orang percaya?
bahawa dia ini amat mahir sembunyikan rasa, amat susah meluahkan perasaan
tapi, sebenarnya disetiap puisi yang dia karang semuanya berkisar tentang apa yang ada dalam perjalanan cerita dia.
lokasi; Tasik Proton City
yaitu; menjadi seoang guru, usahawan busana, dan penulis puisi
dua cita cita pertama adalah mimpi yang biasa
tapi, penulis puisi?
ini sungguh tidak wajar dan inilah saat kecundang yang parah
ia sangat jelek
seolah banyak beban dipertaruhkan dari sana sini
ia memerlukan sokongan padu dari orang sekeliling; menggarap semua puisi.
Lantas setiap catatan tidak menyentuh
lancar tapi sungguh jalannya keliru
penuh compang, teruk dan kosong
dan ibarat rumah yang penghunimya akan bersengketa dengan banyak hal
disepanjang kisah kehidupan puisi itu.
tiga cita-citanya tadi setapak menapak mula menampak hasil
dengan memaparkan setiap kesulitan, kesedihan, kekecewaan
semuanya terkait dengan cara yang wajar.
orang percaya?
bahawa dia ini amat mahir sembunyikan rasa, amat susah meluahkan perasaan
tapi, sebenarnya disetiap puisi yang dia karang semuanya berkisar tentang apa yang ada dalam perjalanan cerita dia.
lokasi; Tasik Proton City
Friday, 17 July 2015
Selamat Jalan
Selamat jalan ya Ramadhan
aku disini akan merindui dan berharap dipertemukan semula untuk masa masa seterusnya.
walaupun aku rasa aku terlalu hina melayan ramadhan tahun ini.
maaf,
semoga tahun depan aku bisa tebus segala dosa pada ramadhan dan tuhan, akan aku sempurnakan dengan azam ramadhan yang seterusnya..
Malam Jumaat; malam raya. Ahlan Wahsalan ya Syawal 1437
lokasi; Kampung Haji Omar, Senggarang
aku disini akan merindui dan berharap dipertemukan semula untuk masa masa seterusnya.
walaupun aku rasa aku terlalu hina melayan ramadhan tahun ini.
maaf,
semoga tahun depan aku bisa tebus segala dosa pada ramadhan dan tuhan, akan aku sempurnakan dengan azam ramadhan yang seterusnya..
Malam Jumaat; malam raya. Ahlan Wahsalan ya Syawal 1437
lokasi; Kampung Haji Omar, Senggarang
Monday, 13 July 2015
inilah sebabnya
inilah sebabnya aku tak mahu
bertemu orang baru
.
mereka akan pergi dan berlalu
setelah memberi bahagia pada waktu itu.
tak pernah lelah mencipta kenangan
hadir dengan beribu ribu harapan
perkara yang sebenarnya memancing rasa kasihan.
inilah sebabnya aku lebih memilih
berada diruangan sudut inci rumah
menatap segalah keluh kesah
aku tak mahu ada orang sedih
apabila kata kata luka diucap sebelum berpisah
semua yang baru dikenali
pura pura memahami
setelah menyentuh hati
lalu kabur membawa diri
inilah sebabnya saban hari aku menulis puisi
tentang orang orang yang telah rapat terkunci
atau mereka sebenarnya yang disembunyikan identiti.
lokasi; dalam bilik sendiri.
bertemu orang baru
.
mereka akan pergi dan berlalu
setelah memberi bahagia pada waktu itu.
tak pernah lelah mencipta kenangan
hadir dengan beribu ribu harapan
perkara yang sebenarnya memancing rasa kasihan.
inilah sebabnya aku lebih memilih
berada diruangan sudut inci rumah
menatap segalah keluh kesah
aku tak mahu ada orang sedih
apabila kata kata luka diucap sebelum berpisah
semua yang baru dikenali
pura pura memahami
setelah menyentuh hati
lalu kabur membawa diri
inilah sebabnya saban hari aku menulis puisi
tentang orang orang yang telah rapat terkunci
atau mereka sebenarnya yang disembunyikan identiti.
lokasi; dalam bilik sendiri.
Friday, 10 July 2015
kata kata sederhana
di pejabat sekolah, aku selalu mencuri curi waktu
dan mencari cari cara menulis puisi
agar nanti
aku bisa membawa pulang
sesuatu untuk diri
beberapa puisi
untuk tatapan kepuasan hati.
sebelum tidur, aku cuma perlu
menulis semula setiap satu
dalam diari hijau paling suci
menikmati dan berkongsi
diantara diri sendiri dan rasa sepi.
membosankan, bukan?
aku tuliskan semua, sebab sungguh seperti selalu
sebuah puisi yang dipenuhi kata kata sederhana
tidak menyekat diri daripada menjadi diri sendiri.
lokasi; Sekolah Rendah Islam Azzahra.
dan mencari cari cara menulis puisi
agar nanti
aku bisa membawa pulang
sesuatu untuk diri
beberapa puisi
untuk tatapan kepuasan hati.
sebelum tidur, aku cuma perlu
menulis semula setiap satu
dalam diari hijau paling suci
menikmati dan berkongsi
diantara diri sendiri dan rasa sepi.
membosankan, bukan?
aku tuliskan semua, sebab sungguh seperti selalu
sebuah puisi yang dipenuhi kata kata sederhana
tidak menyekat diri daripada menjadi diri sendiri.
lokasi; Sekolah Rendah Islam Azzahra.
Sunday, 5 July 2015
mohon jangan pergi
Ramadhan, setialah
akan aku sandarkan segala keluh kesah
kembali berbalik kepada Tuhan
Disini,
masih banyak hati rapuh
tengah merintih perlahan
takut rasa kehilangan.
--jangan pergi cepat sangat ya Ramadhan.
lokasi; Masjid Bukit Jelutong
akan aku sandarkan segala keluh kesah
kembali berbalik kepada Tuhan
Disini,
masih banyak hati rapuh
tengah merintih perlahan
takut rasa kehilangan.
--jangan pergi cepat sangat ya Ramadhan.
lokasi; Masjid Bukit Jelutong
Saturday, 4 July 2015
tak apa.
aku tak apa apa
cuma penat, terlampau penat
dengan julai dua ribu lima belas
sakit sakit badan itu biasa
adat seorang perempuan harus tahan diuji
mungkin sahaja aku tak boleh nak jaga sepenuhnya hati dan perasaan orang
sebab aku sendiri tak selalu jaga hati dan perasaan aku.
lokasi; dalam bilik.
cuma penat, terlampau penat
dengan julai dua ribu lima belas
sakit sakit badan itu biasa
adat seorang perempuan harus tahan diuji
mungkin sahaja aku tak boleh nak jaga sepenuhnya hati dan perasaan orang
sebab aku sendiri tak selalu jaga hati dan perasaan aku.
lokasi; dalam bilik.
Monday, 29 June 2015
sebatang kaktus mati tidak mahu disia-siakan
aku menyihirnya dengan kata kata keramat
yang kedengaran seperti puisi cinta
akibatnya semakin terkubur
aku mencuba menyiram setiap malam
namun aku terlupa kaktus mampu hidup tanpa air
pengetahuan mulanya sangat teruk,
satu benda, yang aku perlu tahu
setiap kisah kehidupan di isi memori yang terkandung kaktus
alasan yang cukup untuk menumbuhkan pohon lain
sampai tiba waktu
aku benci mengucapkan selamat tinggal
hiduplah sebelum perjalanan panjang menuju tuhan, dalam nada peluang kedua.
lokasi; depan rumah.
yang kedengaran seperti puisi cinta
akibatnya semakin terkubur
aku mencuba menyiram setiap malam
namun aku terlupa kaktus mampu hidup tanpa air
pengetahuan mulanya sangat teruk,
satu benda, yang aku perlu tahu
setiap kisah kehidupan di isi memori yang terkandung kaktus
alasan yang cukup untuk menumbuhkan pohon lain
sampai tiba waktu
aku benci mengucapkan selamat tinggal
hiduplah sebelum perjalanan panjang menuju tuhan, dalam nada peluang kedua.
lokasi; depan rumah.
terima kasih,
ilham amri
hanna ily,
aman yasser,
norazlin aznan
tak pernah lupa
hawa hamdan juga pernah
memberi, menemani, menjaga
untuk kaktus kaktus kesayangan jiwa raga dan
mohon maaf sekiranya ada yang perlu diucapkan
selamat tinggal, mungkin sahaja
jodoh antara kita setakat ini sahaja.
Saturday, 20 June 2015
harapan yang selalu ada
satu saja harapan
kemana pun kaki melangkah
moga hati terus terdidik ikhlas
amal pun bercambah berkah
apa sahaja kerja termaknakan terlebih untuk diri
diri, diri dan diri sendiri
bukan sahaja di dunia tetapi
berhujung sampai akhirat
sekian,
aku suka menjadi seorang yang sibuk
sibuk dengan kerja
tanpa peduli perasaan sendiri.
lokasi : dalam bilik depan laptop siapkan kerja.
kemana pun kaki melangkah
moga hati terus terdidik ikhlas
amal pun bercambah berkah
apa sahaja kerja termaknakan terlebih untuk diri
diri, diri dan diri sendiri
bukan sahaja di dunia tetapi
berhujung sampai akhirat
sekian,
aku suka menjadi seorang yang sibuk
sibuk dengan kerja
tanpa peduli perasaan sendiri.
lokasi : dalam bilik depan laptop siapkan kerja.
Wednesday, 17 June 2015
Ramadhan 1436H
dengan rendah diri aku mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita.
yang tersurat mahupun tersirat, yang sengaja mahupun tak sengaja, yang tersembunyi mahupun terang-terangan, yang berniat mahupun tak terniat
segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati sesama sendiri
semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat sepertimana yang dijanjikanNya.
Amin
Aku yang tidak mahu dikenali dan bakal suami yang belum dijumpai ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan.
lokasi; Institut Maahad Tahfiz Al Azim
yang tersurat mahupun tersirat, yang sengaja mahupun tak sengaja, yang tersembunyi mahupun terang-terangan, yang berniat mahupun tak terniat
segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati sesama sendiri
semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat sepertimana yang dijanjikanNya.
Amin
Aku yang tidak mahu dikenali dan bakal suami yang belum dijumpai ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan.
lokasi; Institut Maahad Tahfiz Al Azim
Monday, 15 June 2015
untuk kau yang tak tahu
2013
kaktus dari kau
masih aku simpan
rindu?
sejujurnya
tidak
tak mungkin ada
sungguh.
cuma
aku tak rindu kau
apatah lagi punya perasaan
apa yang mahu katakan adalah
kau mungkin pernah bagi harapan setinggi gunung
mungkin tanpa kau sedar
meski aku yang cepat menaruh hati
dan kau terus hilang dan pergi
yang pada ketika itu, aku rasakan kau lelaki kejam
bagi harapan palsu
pura pura suka dan berlalu
dan
kebelakangan ini
sungguh tak terdaya
menahan perasaan
perasaan tu masih ada
walaupun sungguh sungguh aku buang
hampa
sekali lagi.
lokasi : dalam bilik yang kosong.
--drama King Hotel
kaktus dari kau
masih aku simpan
rindu?
sejujurnya
tidak
tak mungkin ada
sungguh.
cuma
aku tak rindu kau
apatah lagi punya perasaan
apa yang mahu katakan adalah
kau mungkin pernah bagi harapan setinggi gunung
mungkin tanpa kau sedar
meski aku yang cepat menaruh hati
dan kau terus hilang dan pergi
yang pada ketika itu, aku rasakan kau lelaki kejam
bagi harapan palsu
pura pura suka dan berlalu
dan
kebelakangan ini
sungguh tak terdaya
menahan perasaan
perasaan tu masih ada
walaupun sungguh sungguh aku buang
hampa
sekali lagi.
lokasi : dalam bilik yang kosong.
--drama King Hotel
Thursday, 4 June 2015
Menyusuri jalan majlis Ilmu.
aku menikmati taman taman syurga, hadirnya aku untuk mendapat rahmat dan redhaNya
aku menyaksikan segenap perawan
berniqap hitam,
Bergondongan menyatu hati dengan
mengharapkan syurga Allah.
Dari pagi,
datang sehingga malam sekali lagi dihidupkan.
menghayati bait bait kisah wanita syurga
Sayyidatina Fatimah Azzahra.
dan tiba tiba saja aku mau, malaikat menaungi aku disetiap perjalanan kisah kehidupan.
lokasi : Yayasan Restu, Shah Alam
aku menyaksikan segenap perawan
berniqap hitam,
Bergondongan menyatu hati dengan
mengharapkan syurga Allah.
Dari pagi,
datang sehingga malam sekali lagi dihidupkan.
menghayati bait bait kisah wanita syurga
Sayyidatina Fatimah Azzahra.
dan tiba tiba saja aku mau, malaikat menaungi aku disetiap perjalanan kisah kehidupan.
lokasi : Yayasan Restu, Shah Alam
Sunday, 31 May 2015
zara
Fatimatuz zahra'
dia kanak-kanak lapan tahun
berdiri dilapangan terbang
menoleh kiri dan kanan
separuh tahun tubuhnya di negeri asing
menderita kerinduan diingatan
menunggu ibunya datang
setelah lama rumah ditinggalkan
perlahan lahan terbayang
gurau senda adik kesayangan
dan ibu hanya akan berziarah kadang kadang
dalam sendu ibu menguntum senyuman
menyambut kepulangan anak yang jauh di perantauan.
lokasi : Surabaya
dia kanak-kanak lapan tahun
berdiri dilapangan terbang
menoleh kiri dan kanan
separuh tahun tubuhnya di negeri asing
menderita kerinduan diingatan
menunggu ibunya datang
setelah lama rumah ditinggalkan
perlahan lahan terbayang
gurau senda adik kesayangan
dan ibu hanya akan berziarah kadang kadang
dalam sendu ibu menguntum senyuman
menyambut kepulangan anak yang jauh di perantauan.
lokasi : Surabaya
Friday, 22 May 2015
kanak kanak riang kurang perhatian
aku sebenarnya tak pernah rela, membiarkan tubuhmu dipukul rotan
pada perangai seperti syaitan
seringkali aku gagal bercakap perkara sama berulangan.
mungkin sahaja bosan menerima arahan,
ku pandangi mereka, tak ada balasan
--hidup seperti bertepuk sebelah tangan.
hanya demi sebuah rungutan
Sang guru yang tak menahan perasaan.
Sambutan Hari Guru SRIAZ
lokasi : Surau/dewan Sriaz
pada perangai seperti syaitan
seringkali aku gagal bercakap perkara sama berulangan.
mungkin sahaja bosan menerima arahan,
ku pandangi mereka, tak ada balasan
--hidup seperti bertepuk sebelah tangan.
hanya demi sebuah rungutan
Sang guru yang tak menahan perasaan.
Sambutan Hari Guru SRIAZ
lokasi : Surau/dewan Sriaz
Sunday, 17 May 2015
fattah fatih
kalau aku punya segala
aku tak kisah untuk luang masa
walau hampir usia dewasa
kita berhibur dikala malam semakin tua
luaskan jajahan disetiap ruang yang ada
hingga berakhir zaman ribena.
dalam erti sebenarnya
--melayan kembar seperti 10 orang kanak-kanak pelbagai ragam.
lokasi :bilik sendiri di hujung alam.
aku tak kisah untuk luang masa
walau hampir usia dewasa
kita berhibur dikala malam semakin tua
luaskan jajahan disetiap ruang yang ada
hingga berakhir zaman ribena.
dalam erti sebenarnya
--melayan kembar seperti 10 orang kanak-kanak pelbagai ragam.
lokasi :bilik sendiri di hujung alam.
Saturday, 16 May 2015
setulus hati
Terima kasih untuk semua kejayaan yang datang, teruntuk mereka yang banyak berjasa; yang sedikit sebanyak mampu menyelamatkan aku dari rasa suntuk kalut sekaligus memberi aku pelajaran semangat kekuatan, kegembiraan, dan kejayaan.
Sejak dari awal menjejakkan kaki ke sekolah sehingga terjadi laluan kisah kehidupan ke alam globalisasi era membalas jasa orang tua, adik beradik, kawan kawan dan yang lain lainnya yang tiba tiba sulit aku ingat.
Terima kasih banyak atas penghargaan dan kesempatan peluang harapan, impian dan cita cita yang diberikan.
Sekian.
lokasi : atas pentas beri ucapan dalam mimpi.
Sejak dari awal menjejakkan kaki ke sekolah sehingga terjadi laluan kisah kehidupan ke alam globalisasi era membalas jasa orang tua, adik beradik, kawan kawan dan yang lain lainnya yang tiba tiba sulit aku ingat.
Terima kasih banyak atas penghargaan dan kesempatan peluang harapan, impian dan cita cita yang diberikan.
Sekian.
lokasi : atas pentas beri ucapan dalam mimpi.
Friday, 15 May 2015
pada petang yang kebasahan
ruangan Komuniti ZSM,
dari gadis genit berfesyen moden
hingga perempuan bertudung labuh,
malam perawan berniqap ataupun
jejaka berjean lusuh hingga berkacak kemas.
perihal manusia tidak semuanya sempurna,
berkongsi minat yang serupa di ruangan pinggir kota
-- Pekan Frinjan
lokasi ; Taman Medan, PJ
Monday, 11 May 2015
kata ummi pada hari jadi
seperti baru hari ini
ummi mengucup dahi
sebelum pergi
mewarnai hidup dengan rezeki
seperti baru kelmarin
ummi membawaku sebuah senyuman
bersama kenangan kenagan
sewaktu kita mesra dalam tangisan
kata ummi
aku terlahir bukan dilewat pagi
tapi ketika senja dinihari
dan jarang nangis pada setiap hari
kata ummi lagi
aku suka main dibawah lengan umi
sewaktu aku lena dibuai mimpi
sampai susah bangun pagi
kini,
setelah dewasa
ketika matahari mencumbui senja
kata ummi
aku belajar hidup berdikari
dari kisah kehidupan ini
lalui dengan penuh ranjau berduri
walau susah untuk berdiri
dengan harapan harapan yang selalu mati
dan tahun ini
pada hari jadi
ummi pesan berkali kali
'perjuangan disini tak pernah terhenti selagi ummi ada disisi '
hari lahir yang tak dinanti, tapi mengharap mati.
lokasi : Vivo Pizza, Aeon Anggun
ummi mengucup dahi
sebelum pergi
mewarnai hidup dengan rezeki
seperti baru kelmarin
ummi membawaku sebuah senyuman
bersama kenangan kenagan
sewaktu kita mesra dalam tangisan
kata ummi
aku terlahir bukan dilewat pagi
tapi ketika senja dinihari
dan jarang nangis pada setiap hari
kata ummi lagi
aku suka main dibawah lengan umi
sewaktu aku lena dibuai mimpi
sampai susah bangun pagi
kini,
setelah dewasa
ketika matahari mencumbui senja
kata ummi
aku belajar hidup berdikari
dari kisah kehidupan ini
lalui dengan penuh ranjau berduri
walau susah untuk berdiri
dengan harapan harapan yang selalu mati
dan tahun ini
pada hari jadi
ummi pesan berkali kali
'perjuangan disini tak pernah terhenti selagi ummi ada disisi '
hari lahir yang tak dinanti, tapi mengharap mati.
lokasi : Vivo Pizza, Aeon Anggun
Saturday, 25 April 2015
laskar
Kanvas putih
Penuh dicoret laskar
Makin menyerlah
Makin segar
Walau warna penuh
Setiap inci ruang legar
Tetap berdiri gagah
Tak pernah pudar
Dan diri masih teguh
Utuh dan sabar
--tika hati sering berbolak balik.
lokasi : Yayasan Restu, Shah Alam 2;33 petang
Penuh dicoret laskar
Makin menyerlah
Makin segar
Walau warna penuh
Setiap inci ruang legar
Tetap berdiri gagah
Tak pernah pudar
Dan diri masih teguh
Utuh dan sabar
--tika hati sering berbolak balik.
lokasi : Yayasan Restu, Shah Alam 2;33 petang
Friday, 24 April 2015
kesal
kitalah yang cuma
pura pura tak kenal
dan jadi orang paling asing
yang jauh tak pernah bertegur sapa
punya hal masing masing
tetapi
pernah suatu ketika dahulu
tersemat memori bersama
ya.
kitalah akan mengaku
bukan teman
bukan kawan
bukun musuh
bukan jua sesiapa
hanya orang asing, seperti tidak langsung mengenali.
lokasi ; dalam bilik tak ada almari 12:45 pagi
pura pura tak kenal
dan jadi orang paling asing
yang jauh tak pernah bertegur sapa
punya hal masing masing
tetapi
pernah suatu ketika dahulu
tersemat memori bersama
ya.
kitalah akan mengaku
bukan teman
bukan kawan
bukun musuh
bukan jua sesiapa
hanya orang asing, seperti tidak langsung mengenali.
lokasi ; dalam bilik tak ada almari 12:45 pagi
Wednesday, 15 April 2015
encik AA
memikirkan tentangmu
menyekat semua tindakan masa depan
ego yang ada pada laki laki lain
terkena setiap inci diri
hingga
seorang penyair tak mampu bicara
hanya menyusun bait puisi di atas mimbar
seorang jurugambar tak bisa memilih gambarmu untuk dikongsi
hanya foto di frame terbias dicermin
untuk abuya, terima kasih sebab jarang ada
lokasi : pejabat SRI AZZAHRA 4;48 petang
Monday, 13 April 2015
gelap abadi
cerita malam ini bersama Kak Wawa
ini gelap abadi
kiri kanan tampak keladi
pemandangan KLCC kian sepi
pada pesakit yang hatinya suci
moga kuad hadapi hari
dalam perjuangan abadi
menginsafi setiap inci diri
menemui ilahi
hingga terasa tangisan sendiri
lokasi ; Wad 6D04, Prince Court Medical Centre 9;35 malam
ini gelap abadi
kiri kanan tampak keladi
pemandangan KLCC kian sepi
pada pesakit yang hatinya suci
moga kuad hadapi hari
dalam perjuangan abadi
menginsafi setiap inci diri
menemui ilahi
hingga terasa tangisan sendiri
lokasi ; Wad 6D04, Prince Court Medical Centre 9;35 malam
Sunday, 12 April 2015
lepak
April 12
waktu percuma
lepak dalam sudut kedai buku
tak dapat beli semua
hadam dan hadap sampai kematu
pada setiap buku yang kita suka
sampai suatu waktu
tersimpan setiap koleksi pada sudut rak.
hak aku.
lokasi : Borders, The Curve 4;15 petang
waktu percuma
lepak dalam sudut kedai buku
tak dapat beli semua
hadam dan hadap sampai kematu
pada setiap buku yang kita suka
sampai suatu waktu
tersimpan setiap koleksi pada sudut rak.
hak aku.
lokasi : Borders, The Curve 4;15 petang
Saturday, 4 April 2015
weekend
Sekianlah.
weekend dirumah sunyi tanpa adik adik, (nun jauh disana)
tenung foto foto dulu
Alangkah rindu melihat gelagat kawan sekuliyah yang sudah pergi jauh tak ada tinggal jejak.
dan aku disini tidak bergerak dan sibuk bersoal jawab dengan diri sendiri
terkulat kulat kitadakpastian.
weekend dirumah sunyi tanpa adik adik, (nun jauh disana)
tenung foto foto dulu
Alangkah rindu melihat gelagat kawan sekuliyah yang sudah pergi jauh tak ada tinggal jejak.
dan aku disini tidak bergerak dan sibuk bersoal jawab dengan diri sendiri
terkulat kulat kitadakpastian.
Tuesday, 31 March 2015
senja
semoga tuhan kan jernihkan hati
tidak ada sebarang dendam dan dengki
tidak ada iri hati lagi
tidak ada mengintai sesiapa di senja hari
tidak kan ada caci maki
tidak pernah ada benci
pada rasa senja yang kini
moga hati ini jernih apabila sudah di cuci.
lokasi : BCH 6;53 petang
tidak ada sebarang dendam dan dengki
tidak ada iri hati lagi
tidak ada mengintai sesiapa di senja hari
tidak kan ada caci maki
tidak pernah ada benci
pada rasa senja yang kini
moga hati ini jernih apabila sudah di cuci.
lokasi : BCH 6;53 petang
Wednesday, 25 March 2015
geng gojess
sahabat.
penyebab tawa ini
penguat aku berdiri
penyambut tika jatuh sepi
ya. kau di sisi"
terima kasih sebab selalu ada disini; dihati.
penyebab tawa ini
penguat aku berdiri
penyambut tika jatuh sepi
ya. kau di sisi"
terima kasih sebab selalu ada disini; dihati.
peluang
Kita terkadang memberi terlalu banyak peluang pada orang lain, sedangkan diri sendiri terlepas peluang yang datang.
lokasi : Bukit Chinta, Bromo 6.39 pagi
lokasi : Bukit Chinta, Bromo 6.39 pagi
Tuesday, 24 March 2015
Pasuruan
mengembara
aku pandang langit diatas
menitik butir hujan di bumi
seperti peluru rahmat bertalu talu
aku tersenyum
luas sangat rahmat yang datang
sehingga mampu berada di sudut jalanan ini
tercari-cari cahaya dihalaman dosa
moga kewujudannya hadir disaat musafir ini.
lokasi : Pondok Pesentren Salafiyah, Pasuruan 4:54 petang
Sunday, 22 March 2015
Puan Ha.
Birthday girl, turn 24
22 Mac
Sebelum kau nikah
Kita selalu bercengkerama
Kita berbaring diatas singgah sana
Kita melayari jenaka pura pura
Sehingga ke penghujung semesta
Sebelum kau nikah
Kita saling berkelapangan
Lalu bergaduh terkena awan
dan bermain hujan.
Sebelum kau nikah
Kau lari ke kamarku
Kau sepahkan segala hartaku
Kau punggah almariku
Kau curi tudungku
Kau pakai baju ku
Sebagai penghibur
Sebagai teman tidur
Sebagai super power
Sampai rasa jemu
Sampai rasa layu
Sampai masa kematu
Sampai rasa rindu
Namun,
Kini
kau sudah jadi bini orang
tinggal aku keseorang
sunyi tak berpenghujung
hingga keringat kering
Sedang cuma
Aku mahu kata
Selamat hari tua
Yang tak mungkin tak ada
Butuh aku dalam cerita kita.
catitan budak over hilang arah,
Adikmu yang sendu.
lokasi : BCH, 12:43 malam
22 Mac
Sebelum kau nikah
Kita selalu bercengkerama
Kita berbaring diatas singgah sana
Kita melayari jenaka pura pura
Sehingga ke penghujung semesta
Sebelum kau nikah
Kita saling berkelapangan
Lalu bergaduh terkena awan
dan bermain hujan.
Sebelum kau nikah
Kau lari ke kamarku
Kau sepahkan segala hartaku
Kau punggah almariku
Kau curi tudungku
Kau pakai baju ku
Sebagai penghibur
Sebagai teman tidur
Sebagai super power
Sampai rasa jemu
Sampai rasa layu
Sampai masa kematu
Sampai rasa rindu
Namun,
Kini
kau sudah jadi bini orang
tinggal aku keseorang
sunyi tak berpenghujung
hingga keringat kering
Sedang cuma
Aku mahu kata
Selamat hari tua
Yang tak mungkin tak ada
Butuh aku dalam cerita kita.
catitan budak over hilang arah,
Adikmu yang sendu.
lokasi : BCH, 12:43 malam
Thursday, 26 February 2015
kaktus baru
Malam ini, aku menghabiskan masa melihat kaktus baru kesayangan jiwa raga.
Satu yang aku tahu, ada memori yang aku rindu.
Senyum; hambar
Monday, 23 February 2015
Lihat langit
Tak ada yang kekal dalam dunia ini.
Sebab hanya Allah dan syurga saja yang kekal.
Redah saja, hidupilah hidup dan terbaqnglah ke langit.
Masih ada yang sudi.
Hati hati, hati )':
Wednesday, 18 February 2015
kakak hilang
Saat mentari berselindung
dan tak mampu lagi menguntum senyuman
yang sudah mendung'
yang sudah hilang
yang sudah murung
oleh ujian Tuhan
Mohon kembali berpaut pada keluarga
dan tak mampu lagi menguntum senyuman
yang sudah mendung'
yang sudah hilang
yang sudah murung
oleh ujian Tuhan
Mohon kembali berpaut pada keluarga
Monday, 2 February 2015
yam.
yam.
jadinya anggap aku apa
memang tidak tertulis untuk bersama
apatah lagi bersua muka
ditiadanya duduk semeja
walau di talian maya
terlenyap segala cerita jiwa
yang pernah ada suatu ketika.
aku bukan lagi seperti biasa
kau jua jauh lebih bergaya
yang berlalu itu sudah tiada
perkara terjadi itu tak kan ada
untuk aku ego nak luah apa yang dalam jiwa
kerana
aku bukan takdirnya.
jadinya anggap aku apa
memang tidak tertulis untuk bersama
apatah lagi bersua muka
ditiadanya duduk semeja
walau di talian maya
terlenyap segala cerita jiwa
yang pernah ada suatu ketika.
aku bukan lagi seperti biasa
kau jua jauh lebih bergaya
yang berlalu itu sudah tiada
perkara terjadi itu tak kan ada
untuk aku ego nak luah apa yang dalam jiwa
kerana
aku bukan takdirnya.
Saturday, 31 January 2015
sampan.
hadirkan dirimu
dalam kata maafmu
ke ruang kisah kehidupan ini
dalam bentuk puisi
aku mahu kita menjadi satu kembali
dalam setiap helai
ceritera halaman sebuah damai
dan
kisah perjuangan
akan dilonggokan dalam sampan
layarkan ke pesisir pantai
hingga suka duka kisah kehidupan
ketemu tujuan.
dalam kata maafmu
ke ruang kisah kehidupan ini
dalam bentuk puisi
aku mahu kita menjadi satu kembali
dalam setiap helai
ceritera halaman sebuah damai
dan
kisah perjuangan
akan dilonggokan dalam sampan
layarkan ke pesisir pantai
hingga suka duka kisah kehidupan
ketemu tujuan.
Friday, 30 January 2015
hujung bulan
sembunyi bawah meja
elak dari kesibukan kerja
menjamah serpihan pena
satu satu selak dengan mata berkaca
diari cerita lama
semuanya perasaan hampa
kisah tentang aku sudah tiada
sudah lenyap berlalu masa.
elak dari kesibukan kerja
menjamah serpihan pena
satu satu selak dengan mata berkaca
diari cerita lama
semuanya perasaan hampa
kisah tentang aku sudah tiada
sudah lenyap berlalu masa.
kopi
Malam jumaat
merangka sesaat
menikmati indahnya kopi butterscot
ChemistryLabCafe, syeksyen 7
Shah Alam
merangka sesaat
menikmati indahnya kopi butterscot
ChemistryLabCafe, syeksyen 7
Shah Alam
Tuesday, 20 January 2015
alfath, jakarta
masih tetap mahu disini
mengalirkan airmata
mengalunkan bait syair syair indah
masih gagah bersama disini
dari golongan para habaib
meluangkan masa,
menjauhkan kesibukan.
kerana terpilih Allah hadirkan dalam teduhan
kerana ia agung dan suci
kerana dihati hanya pada Nabi
sungguh
bahagia tidak tertipu.
Kembara Mawlid Annisa AlFath, Jakarta
mengalirkan airmata
mengalunkan bait syair syair indah
masih gagah bersama disini
dari golongan para habaib
meluangkan masa,
menjauhkan kesibukan.
kerana terpilih Allah hadirkan dalam teduhan
kerana ia agung dan suci
kerana dihati hanya pada Nabi
sungguh
bahagia tidak tertipu.
Kembara Mawlid Annisa AlFath, Jakarta
Sunday, 18 January 2015
18 januari
selamat pagi
begitu kuad suara hati
eksperasi ketukan kosongnya naluri.
*keputusan menghampakan
);
begitu kuad suara hati
eksperasi ketukan kosongnya naluri.
*keputusan menghampakan
);
Saturday, 17 January 2015
lari
aku mahu setiap itu, perlahan lahan
jujur.
kaki ini mahu pantas berlari
lari dan terus berlari
satu larian kencang
tak akan pernah ada henti
lari terus lari
tanpa erti
dalam nada perlahan.
jujur.
kaki ini mahu pantas berlari
lari dan terus berlari
satu larian kencang
tak akan pernah ada henti
lari terus lari
tanpa erti
dalam nada perlahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)