Monday, 13 July 2015

inilah sebabnya

inilah sebabnya aku tak mahu
bertemu orang baru
.
mereka akan pergi dan berlalu
setelah memberi bahagia pada waktu itu.

tak pernah lelah mencipta kenangan
hadir dengan beribu ribu harapan

perkara yang sebenarnya memancing rasa kasihan.

inilah sebabnya aku lebih memilih
berada diruangan sudut inci rumah
menatap segalah keluh kesah

aku tak mahu ada orang sedih
apabila kata kata luka diucap sebelum berpisah

semua yang baru dikenali
pura pura memahami
setelah menyentuh hati
lalu kabur membawa diri

inilah sebabnya saban hari aku menulis puisi
tentang orang orang yang telah rapat terkunci
atau mereka sebenarnya yang disembunyikan identiti.

lokasi; dalam bilik sendiri.

No comments:

Post a Comment