mata sepet
lagak macam apek jual sayur
padahal master dalam bisnes
wow
terkedu kejap
tapi
satu je
dia sedut asap vape
reject.
Tetap menulis apa pun yang aku rasa dan aku suka, kerana ia sebahagian minat yang mendalam. Pasti akan ada sahaja yang terbuka untuk membaca.
Tuesday, 20 December 2016
Sunday, 11 December 2016
K E R J A
kerja seorang guru tak mudah
bertambah pulak sekolah tu kau punya
serab serbih semua perkara kena tahu
dari ke A sampai Z
lagi pula pengalaman ciput
tak terdaya nak buat semua
sampai menangis bawah meja
sebab tak tahan
rasa give up
--nanti sambung
bertambah pulak sekolah tu kau punya
serab serbih semua perkara kena tahu
dari ke A sampai Z
lagi pula pengalaman ciput
tak terdaya nak buat semua
sampai menangis bawah meja
sebab tak tahan
rasa give up
--nanti sambung
nangis bawah meja
pada satu hari jumaat
hujan sampai ke tengah hari
ada hal yang buat mental rabak
hati dan jiwa tak dapat terima
tiada siapa ketika itu
sendiri
menangis bawah meja
yang mungkin tiada siapa pun yang tahu.
tempat paling syahdu
untuk semadikan segala rasa
lokasi ; sriaz
hujan sampai ke tengah hari
ada hal yang buat mental rabak
hati dan jiwa tak dapat terima
tiada siapa ketika itu
sendiri
menangis bawah meja
yang mungkin tiada siapa pun yang tahu.
tempat paling syahdu
untuk semadikan segala rasa
lokasi ; sriaz
Sunday, 4 December 2016
kosong
kosongnya hati tanpa isi
bisunya bicara tanpa kata
berwaktu waktu aku mengharap
moga tidak aku menjadi hati yang kosong
hatta mulut menjadi bisu kerana dosa terlampau banyak.
bisunya bicara tanpa kata
berwaktu waktu aku mengharap
moga tidak aku menjadi hati yang kosong
hatta mulut menjadi bisu kerana dosa terlampau banyak.
Tuesday, 11 October 2016
kesinambungan
........
kalau dulu curi-curi nak menulis walau sebaris puisi. untuk tahun ini, langsung tidak ada masa untuk diluangkan waktu yang tersisa. dan mengambil kesempatan untuk menyambung puisi 'Rawang' dalam zine #Acciacato.
masih dikota ini
anak perempuan yang sering ditinggal umi
dalam perjalanan bersendiri
lalui hari demi hari
dengan langkah yang sangsi
prejudis terhadap diri sendiri
makin lama makin rasa nak mati
semua hal tak menjadi
mahu lari dari kota ini
bukan lagi berhijrah tapi mahu segera lari
mengejar kau yang semakin pergi.
Semoga, orang-orang yang kita cinta selalu dapat merasai alasan sederhana untuk bangga pada kita. Berusaha untuk menjadi manusia baik dalam setiap hal.
lokasi: bilik hijau paling hujung dalam rumah.

Monday, 10 October 2016
Esok Isnin dan Kerja
Semoga malam ini tidak ada yang kemurungan.
kalaupun ada, semoga cepat sedar esok sudah hari Isnin dan tahu lagi kerja dengan bahagia.
kalaupun ada, semoga cepat sedar esok sudah hari Isnin dan tahu lagi kerja dengan bahagia.
Sunday, 2 October 2016
yang terluka itu hati.
ada satu masa
kamu telah menyakiti orang lain
entah dengan meninggalkannya atau cara apapun
perihal apa pun yang buat kamu menyakiti
sehingga sekian dalam lukanya
fahami terus bahawa tidak semua orang mudah
untuk sembuh,
tidak semua orang mampu bersikap biasa saja
tidak semua orang mudah ikhlas memaafkan dan menerima
tidak semua orang menyimpan dendam dan melepaskan
dan tidak semua orang seperti kamu
perlukan masa yang lama
yang terluka itu hati
tak nampak berapa dalamnya
rabak dan mungkin sahaja hampir mati
disebabkan terlampau menjaga hati.
Salam Maal Hijrah 1438h
teruntuk siapa pun, kita tetap cuba jadi baik.
pastinya untuk Tuhan
jauh lebih baik.

Thursday, 29 September 2016
lena dari dunia
selamat berfikir yang indah indah
selamat jauhkan diri dari perkara yang menyakitkan hati dan hindari hal yang buat diri cepat mengeluh dan putus asa.
selamatlah lena dari dunia yang ada manusia kejam dan mulut jahat.
selamat jauhkan diri dari perkara yang menyakitkan hati dan hindari hal yang buat diri cepat mengeluh dan putus asa.
selamatlah lena dari dunia yang ada manusia kejam dan mulut jahat.
Monday, 19 September 2016
Insomnia
dipembaringan dengan sebuah buku puisi
sebelum mata menemui mimpi
dengan sehelai pijama yang sering dipakai
kerna sudah lama tidak berimaginasi
lalu terhasil serangkap di malam ini
ternyata baik sudah seperti basi
tidak ada yang indah selain secawan kopi
dihirup bersama udara malam yang kian sunyi.

Friday, 16 September 2016
berita kematian
berita kematian tuan guru dato dr Harun Din pada hari Tasyrik, pemergiannya pada pagi jumaat biar dalam syahdu tetap menggigit rantai hati semua umat Islam di Malaysia.
Alam ini menjadi sayu, betapa mata redup ini menjadi hangat, meningatkan perjalanan hidup nantinya aku pun juga terbaring dalam kian sepi
mengingatkan aku tentang dosa dan setiap amalan sepanjang kisah kehidupan yang tidak pasti berapa banyak antara dosa dan pahala yang terhitung. MasyaAllah
ringankan setiap langkah ini menuju Mu, Ya Allah.
Alfatihah buat Tuan Guru Dato Dr Harun Din.
lokasi ; tepi masjid, insaf

Monday, 29 August 2016
jatuh cinta
kesibukan adalah seperti perjalanan terpanjang dalam kisah kehidupan.
dari hari ke hari, sentiasa belajar. belajar cari peluang untuk beri masa pada hati, untuk jatuh cinta.
eh?
jatuh cinta pada perkara yang sukar.
lokasi : Sekolah Rendah Islam Azzahra.
dari hari ke hari, sentiasa belajar. belajar cari peluang untuk beri masa pada hati, untuk jatuh cinta.
eh?
jatuh cinta pada perkara yang sukar.
lokasi : Sekolah Rendah Islam Azzahra.
Wednesday, 17 August 2016
mulut cakap dah lupa tapi hati masih tersimpan kukuh.
ada hal hal yang tak mampu kita lupakan
walaupun sehabis usaha apa pun yang telah kita cuba.
tapi tetap berlegar legar diruang kepala.
walaupun sehabis usaha apa pun yang telah kita cuba.
tapi tetap berlegar legar diruang kepala.
Saturday, 13 August 2016
comeback after 5 years
selamat menatap langit dhuha dan
menunggu pendakian untuk sampai ke puncak seterusnya.
lokasi ; bukit broga
menunggu pendakian untuk sampai ke puncak seterusnya.
lokasi ; bukit broga
Thursday, 11 August 2016
Ummi pesan
Ummi pesan banyak kali; ambil sedikit masa untuk membuat pilihan yang terbaik buat diri sendiri. Terbaik? mungkin lambat datang sebab Allah nak bagi diri kita belajar untuk matang dan dewasa dalam hal hal yang sukar.
maka ambillah seberapa banyak masa pun yang diperlukan.
lokasi : Kundasang, Sabah
maka ambillah seberapa banyak masa pun yang diperlukan.
lokasi : Kundasang, Sabah
Friday, 5 August 2016
menilai pada tulisan, bila berdepan lain pula ceritanya.
carilah teman yaang kau yakin akan membawamu pada kebaikan
dan abaikan setiap keburukan yang kau rasakan sebab
yang menjadi baik itu mungkin datang selepas mengenalimu.
--naie
bila menulis, saya merasa
bila hidup, saya tak ada perasaan
--s.h
dan abaikan setiap keburukan yang kau rasakan sebab
yang menjadi baik itu mungkin datang selepas mengenalimu.
--naie
bila menulis, saya merasa
bila hidup, saya tak ada perasaan
--s.h
Wednesday, 3 August 2016
Tuesday, 2 August 2016
dilamar dalam mimpi
beberapa hal dalam mimpi
mungkin harus terjadi untuk kali ini
lalu nanti, aku benar benar mengerti
yang aku tunggu selama ini
menjadi nyata
kali ini
aku benar nampak
mungkin sebelum ini aku terlebih mengharap
dia hadir dalam mimpi ku malam tadi
bersama orang tuanya
memberikan aku sebuah harapan
untuk masih setia mencintainya diam-diam
tidak! ini bukan yang aku mahukan
hati sudah mula mahu menerima orang lain
orang yang lebih menghargai diriku
sedaya upaya aku berusaha melepaskan
dan harus aku jujur
hati yang luka lebih perlu di rawat dan dijaga.
Monday, 1 August 2016
matlamat punah
beberapa hal pertengkaran, tak mungkin berakhir dengan left group whatsapp ataupun dimeja diskusi. Namun ia akan lebih meninggalkan kesan apabila saling memaafkan dan dimaafkan agar diri selalu belajar sabar dan rendahkan ego.
matlamat utama
hanya ingin menyatukan hati tapi yang terjadi saling menyakiti hati masing masing.
dihujungnya ada airmata yang tumpah.
matlamat punah berkecai
masing masing bawa diri.
matlamat utama
hanya ingin menyatukan hati tapi yang terjadi saling menyakiti hati masing masing.
dihujungnya ada airmata yang tumpah.
matlamat punah berkecai
masing masing bawa diri.
Sunday, 31 July 2016
peneman
ada sesuatu yang selesai
bila ada kawan yang setia
menyandarkan penat bekerja.
terima kasih awak.
lokasi ; Perpustakaan Tun Raja Muda, Syeksyen 14
bila ada kawan yang setia
menyandarkan penat bekerja.
terima kasih awak.
lokasi ; Perpustakaan Tun Raja Muda, Syeksyen 14
Wednesday, 27 July 2016
kerja kuad
jadilah cukup kuat untuk melepaskan,
cukup berani untuk bergerak kehadapan,
cukup rajin untuk bekerja keras
dan cukup sabar untuk menunggu apa yang untuk diri.
lokasi ; Pejabat Pos Laju Rawang
cukup berani untuk bergerak kehadapan,
cukup rajin untuk bekerja keras
dan cukup sabar untuk menunggu apa yang untuk diri.
lokasi ; Pejabat Pos Laju Rawang
Tuesday, 26 July 2016
lompat bintang
kalau tuhan tak bagi kekuatan, memang dah menangis sekali bawah meja.
hal yang kecil pun dah rasa kecewa. inikan pulak nak hadap perkara yang besar besar.
putus asa saat Allah bagi ujian. kehidupan huru hara, bila buat semua kerja dalam satu masa. bila kena marah, kena maki, kena keji, kena kecam, kena hentam. terus berada dalam ketakutan, walaupun bukan silapnya datang dari diri kita. terus rasa sendu, rasa nak sangat menangis dan mengalah. padahal boleh ambil langkah tetap senyum dan lompat bintang; terus bergerak maju ke hadapan untuk buat yang lebih terbaik.
lokasi ; Sekolah Rendah Islam Azzahra

Sunday, 10 July 2016
raya kelima
barangkali,
bila waktu raya menjelma berdetik ketika itu bahagia dihati.
salam kemaafan dari aku dan seluruh keturunanku.
bila waktu raya menjelma berdetik ketika itu bahagia dihati.
salam kemaafan dari aku dan seluruh keturunanku.
Wednesday, 6 July 2016
Monday, 27 June 2016
malam 27 ramadan
selamatlah malam dari segala hal yang tak bisa menemukan jalan.
selamatlah tidur jiwa yang berbahagia.
moga bertemu dengan lailatul qadar.
selamatlah tidur jiwa yang berbahagia.
moga bertemu dengan lailatul qadar.
Sunday, 19 June 2016
selamatlah dalam perjalanan
Selamatlah meniti pengalaman, ruang peluang kesempatan dan kehidupan baru di Kota Tarim sehingga tidak ada kudrat yang mampu dipertahankan lagi. Moga baik baik sahaja disana. Selamatlah belajar merindui aku dan seisi ahli keluarga kerana apabila tiba aidilfitri sudah tentu aku sudah tidak ada geng mereput sampai menjadi ulat. untuk waktu yang akan datang belum pasti kita akan ketemu.
dan
berbahagialah menuntut ilmu sehingga dapat dimanfaatkan sepanjang kisah kehidupan. Jangan dilayan segala perangai huru hara kau tu sampai lupa dimana bumi berpijak dan lupa segala jasa yang telah bertungkus lumus menyediakan segala hal yang baik. Selalu ada kemuduhan buat ibu yang bersusah payah untuk anaknya.
Akhir, kirim salam penuh cinta dan rindu buat warga disan.
yang benar,
kakak kesayanganmu.
lokasi : KLIA

hari bapak
selamat hari bapak, pak aji
moga lekas jadi bapak yang prihatin buat anak anak kesayangan
dan saling berbagi rasa kepercayaan kesetiaan perlindungan dan kerbertanggunjawab dalam hal hal yang sukar.
juga
rezeki yang dicari sematamata untuk mencukupi nafkah buat isteri dan seisi ahli keluarga. bertambah-tambah keberkatan dunia wa akhirah.

Sunday, 12 June 2016
malam 7 Ramadan
dalam hati ada 1001 benda nak
luah dan pinta, tapi yang
keluar dari mulut hanya tiga perkataan je
"tuhan, ampuni aku".
lokasi; Masjid Sultan Sallahudin Abdul Aziz Shah.
Friday, 3 June 2016
dah langgar lepas tu lari
Jika sesuatu yang buruk itu berlaku, membuatkan kita rasa tak mampu berlapang dada.
Mungkin ada dosa dan silap yang kita tak akan pernah belajar bahawa ia salah satu ujian atau hikmah Allah nak sangat kita belajar. Nak sangat kita sedar, yang kita ada buat silap dengan Dia tapi kita masih leka dan lalai.
Redha-redhakanlah apa yang berlaku. dan aku maafkan pemilik kerata Gen 2 warna biru yang telah melanggar kereta grand Livina warna putih sebanyak dua kali lalu pecut dengan laju di roundboard Kepong.
Moga dirahmati Tuhan dan tidur dengan lena.
lokasi : Tepi Jalan Bulatan Kepong.

Saturday, 7 May 2016
negatif
aku harap selalu mampu mengaku salah. memohon dimaafkan atas segala yang diadakan. bukan salah gambar yang diupload tapi salah orang yang menegur. letak gambar kaki tak kena, letak muka sendiri lagi orang menyampah. satu hari kalau tak sebut negatif pasal orang tak boleh eh?
masalah hati? hati kau yang bermasalah.
hmmm
masalah hati? hati kau yang bermasalah.
hmmm
Saturday, 23 April 2016
bingung
jujur, aku selalu bingung menyusun dan merungkai kata perihal Ommi
sebabnya, sedikit aku menulis tentang Ommi dalam koleksi puisi ku
Ommi sangat indah untuk ditulis dalam tulisan jenis apapun. ia juga terlalu sukar dihuraikan kerana ia berkaitan segala macam hal,
Ommi itu ibarat menghidupkan jiwa yang mati, mendamaikan hati yang berkecamuk, memujuk saat gelisah yang ketara, pengorbanan setulus hati dan sumber segala doa kebaikan.

Friday, 22 April 2016
rasakan semua itu
Bertabahlah sayang
rasalah segalanya
rasalah kena sembur air apabila tidur masa baca Al-Kahfi
rasalah kena campak kasut sebab tak susun
rasakan kena rotan dekat tapak kaki sebab tak reti duduk diam dalam kelas
rasakan cubitan ketam dekat perut sebab main dalam solat
rasakan jeritan super dewa ketika mulut asyik nak menjawab je
rasakan berdiri tengah panas sambil istifar sebab cakap yang bukan-bukan
Rasalah zaman sekolah ini.
Percayalah, diruangan akan datang, Kamu akan rindu
Lot of loves,
Ustajah Naiee,

sebab dah habis sabar. dan mood tak berapa nak ok.
kita kalau marah ada sebab, bukan suka suki je marah membabi buta.
kita paham semua orang ada perasaan. kalau kita marah tu kena pahamlah sebab apa dan salah siapa. takkan lah salah orang yang marah tu. iya salah dia sebab tak boleh sabar.
kadang dah habis sabar, tu yang dah tak dapat kawal kemarahan. tapi kadang kena paham orang yang marah tu, dia marah sekejap je, nanti tengok dia senyum dan boleh ajak gelak guling guling.
kalau kau nak simpan dalam hati pun, hati kau yang sakit sebab merana tak boleh terima kesalahan yang kau buat. lalu kau nak marah orang yang marah kau. kau dah kenapa?!

Thursday, 21 April 2016
sedang kawal perasaan marah.
ketika rasa marah itu hadir, jangan biarkan rasa itu terus menguasai ruang hatimu
jangan biarkan seluruh perasaanmu habis memikirkan hal yang menyakiti hatimu.
kawal dan jagalah rasa itu melalui istifar, pohon keampunan sebesar-besarnya pada Tuhan.
mungkin yang silap dan selalu salah itu datang dari dirimu sendiri.

Thursday, 14 April 2016
takdir Tuhan
mungkin takdir Tuhan sudah seharusnya begitu.
hidup dibiar sunyi dengan punya pahala
berbakti untuk orang tua sehingga nafas di hujung usia
memang aku yang akan mengisi hari tuamu
sepanjang aku masih setia menunggu kamu hadir
dan terus menjaga perasaan ini
dan berjanji
untuk terus setia
sehingga kau muncul,
untuk bawa diriku dalam hidupmu.
walaupun sudah masuk tahun yang ketiga
sampai tak tahu untuk apa aku ternanti nanti begini
walaupun sememangnya dah tahu tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.

Wednesday, 13 April 2016
hidup itu sederhana
sesederhana aku ada tempat tinggal, makan cukup dan ada waktu menggembirakan mak ayah
itu sudah membuat aku merasa lega.
sesederhana aku mampu untuk terus terusan buat orang lain juga bahagia.
hidup itu sederhana
bila saat kesal,gelisah, marah, sedih, senang..
saat perasaan tak mampu berjalan dengan rata
saat kemarahan tidak dapat dikawal seperti biasanya
saat emosi bercampur dengan ego semalam
saat iman turun naik laju tapi naik pelan pelan
pun saat saat aku sedang jatuh tergolek golek,
atau bahkan saat aku sedang merindu orang yang tak rindu kat aku
itu juga cukup sederhana.
sesederhana yang aku lalui sejak dua tahun yang lalu sehingga sekarang.

Sunday, 10 April 2016
syaiton ni rojim
dah malam tapi belum pejam..
lalu terdengar suara hati; kau baru cover satu topik, belum habis satu buku. tapi kau punya perangai malas macam syaiton ni rojim.
buat-buatlah bertaubat, setan dah menguasai
lalu terdengar suara hati; kau baru cover satu topik, belum habis satu buku. tapi kau punya perangai malas macam syaiton ni rojim.
buat-buatlah bertaubat, setan dah menguasai
Friday, 25 March 2016
Jumaat Mubarak
Salam jumaat untuk semua jemaah masjid disetiap kawasan. Iya, termasuk kamu dan kawan sebelah yang berebut rebut minta ditumpangkan ke Masjid.
eh bukan, berebut rebut raih pahala jalan kaki pergi masjid dengan abam abam bangladesh, disebabkan itu habis baju basah sebab lecak ketiak tetapi poket penuh sebab nak sedeqah dekat tabung masjid.
moga hari ini punya banyak barokah, ye anak-anak soleh Rizqi Ilham dan Muhammad Nizar.
lokasi: Masjid Cahaya Iman

Monday, 21 March 2016
throwback 21 mac 2015
'momen momen indah telah lama berlalu tanpa kita tahu, dan rindu belum lagi jemu bertapak dari kotak minda aku yang sikit sikit merasa sesak terlalu'.
#tarikhcikhakahwin #projectAtoZ
#tarikhcikhakahwin #projectAtoZ
Friday, 18 March 2016
hidup ini
'kadang kadang hidup ini dihilangkan sekejap apa yang kita ada, supaya menghargai hal hal dulu yang langsung tak ambil peduli'
lokasi ; ladang teh boh, Cameron Highland
lokasi ; ladang teh boh, Cameron Highland
Saturday, 12 March 2016
dirimu sendiri
mungkin kita jadi lupa bersyukur
hanya kerana kita merasa belum mendapatkan semua yang kita inginkan dan merasa orang lain jauh lebih beruntung.
padahal, kita yang kurang cukup mengembirakan hati orang tua; memohon redha dengan setiap langkah kerja yang sedang kita usahakan.
lebih banyak mengeluh penat dan letih dengan kerja seharian tapi tidak pernah merasa nikmat Tuhan yang dikurniakan.
hati-hati, sungguh dia datang dari dirimu sendiri.
lokasi; Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Monday, 8 February 2016
2016
aku berniat untuk melupakan kamu
untuk seumur hidup aku
namun kurasa
hatiku adalah tempat paling tak boleh
dipaksa melupa
dan
hari ini
aku mohon doaku dikabul Tuhan
kamu kembali bersama mimpi mimpi
dan berjanji untuk tak lagi pergi
pergi mendiamkan diri
sekali lagi
aku mohon
aku tak lagi mampu bertahan
aku ingin kau tahu
setelah sabar menjadi manusia setia
aku sungguh tidak terbuka hati untuk orang selain kamu!
cukup aku menahan rasa
tak ingin lagi melihat kamu
pada kehidupan aku seterusnya.
aku tak pasti
aku boleh melupakan atau terus menunggu.
lokasi; Saujana Rawang

Saturday, 30 January 2016
teruntuk yang aku cinta diam diam
teruntuk yang aku cinta diam diam
akan ku doakan kau dari jauh
dalam gemerlap sibuknya harimu
dalam sunyinya malam malam ibadahku
teruntuk yang aku cinta diam diam
akan terus ku sebut nama mu dalam setiap
percakapanku dengan Tuhan
dalam sujud-sujudku yang hiba
kerana aku sudah tidak lagi mampu
mengenang kamu dalam episod kehidupanku
lalu
ingatlah
tidak pernah ada cerita antara kita
dalam ratusan hari jaraknya berlalu masa..
dan selepas ini tidak lagi ada kamu dalam ingatan aku
perlahan lahan bawa diri dan cuba untuk buka pintu hati ini pada orang lain.
lokasi; hati yang telah pergi

Subscribe to:
Posts (Atom)